Aktres filem Harry Potter, Katie Leung menyatakan bahawa beliau diberitahu untuk menafikan daripada menerima penderaan rasis dari peminat.
Aktres filem Harry Potter, Katie Leung menyatakan bahawa publicists menasihatinya untuk menafikan bahawa dari menjadi sasaran penderaan rasis secara atas talian (online racist abuse) dari peminat francais.
Katie Leung, pelakon kelahiran Scotland berketurunan China ini memegang watak sebagai Cho Chang dalam filem francais yang sangat terkenal sewaktu berusia 16 tahun dan membintangi empat filem Harry Potter termasuklah ‘The Order of The Phoenix’, dimana beliau menjadi love interest Harry Potter.
Menemui Mesej Kasar Dan Rasis Mengenai Dirinya
Aktres yang kini berusia 33 tahun membicarakannya sewaktu episod podcast “Chinese Chippy Girl” baru-baru ini. Katie Leung menyatakan bahawa sewaktu dia menjadi first cast dalam filem Harry Potter, dia menemui beberapa laman web fan-dedicated di mana pengguna berkongsi mesej kasar dan rasis tentang dirinya.
“Saya seperti Google diri sendiri pada suatu ketika, dan saya berada di laman web ini, yang mana khusus untuk fandom Harry Potter. Saya ingat membaca semua komen. Dan ya, ianya banyak rasis.”
“Seseorang sebenarnya telah menghasilkan laman web, laman web kebencian. Ia seperti jika anda tidak setuju dengan casting ini, klik pada butang ini, dan ia seperti jumlah yang tidak setuju dengan casting. Ia sangat mengerikan.”
Tidak Diberikan Sebarang Media Training
Katie Leung turut menyatakan bahawa dia tidak diberikan sebarang latihan media atau media training, persiapan untuk wawancara dan sewaktu didekati publicists mengenai penderaan rasis secara atas talian (online racist abuse).
Dinilai Kerana Watak Cho ChangÂ
Pada tahun 2016 sewaktu wawancara dengan akhbar The Herald, Katie Leung menceritakan penderaan rasis dari peminat Harry Potter dan menyatakan bahawa satu-satunya cara menghadapi mesej-mesej tersebut adalah dengan mengabaikannya.
“Saya dinilai semata-mata kerana penampilan watak Cho Chang seharusnya seorang gadis yang sangat cantik. Ini semua berlaku sebelum filem-filem itu keluar. Saya berfikir, baiklah, saya tidak berbuat apa-apa mengenai saya, jadi saya perlu melakukan lakonan terbaik untuk menebusnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.