Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Juara Lagu 35 Milik Gila!

by Khai Azfar
March 15, 2021
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Menepati ramalan peminat, lagu ciptaan  Ezra Kong dan  nyanyian Kaka Azraff, Noki & Loca B berjudul Gila muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor malam tadi.

Dalam siaran langsung norma baharu tanpa penonton itu menyaksikan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara AJL35 pula milik lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi Aina Abdul berjudul Semalam membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tidak kurang hebatnya, tempat ketiga milik lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Dinobatkan persembahan terbaik bagi edisi kali ini, penyanyi Zizi Kirana menerusi lagu Eh memenangi Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 , trofi dan tajaan McDonald’s selama setahun.

Menampilkan paduan vokalnya dalam AJL35, hadiah wang tunai RM12 ribu dan trofi dimiliki oleh vokal terbaik, Ernie Zakri. 

AJL35 dihoskan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hot FM. Pembuka tirai disajikan persembahan mantap yang dibarisi oleh Ella, Naim Daniel, dan Yonnyboii diikuti dengan persembahan lagu #BaikSemula oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique.

Selain itu, persembahan interlude AJL35 digemparkan dengan persembahan bertemakan ‘project band’ di mana Hujan, Hazama The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret mempertaruhkan persembahan medley & ‘mash up’ lagu-lagu terbaik mereka bersama Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ajl35Juara AJL35
https://lomp.at/89qor
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem