Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Unik Atau Pelik? 9 Busana Di AJL35 Yang Jadi Bualan Ramai!

by Khai Azfar
March 15, 2021
210
KONGSIAN
Share on Facebook

Meskipun diadakan dalam norma baharu tanpa penonton, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tetap berlangsung meriah dengan persembahan memukau dari 12 finalis di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Hanya sekali dalam setahun, kesemua finalis turut enggan melepaskan peluang ini untuk ‘melaram sakan’ dengan busana masing-masing yang turut mendapat sentuhan pereka-pereka fesyen tanah air. Ada yang cantik dan kacak bergaya serta tidak kurang juga yang tampil unik dengan peragaan mereka.

9 Busana Di AJL35 Yang Jadi Bualan Ramai!

Murai.my bawakan senarai busana finalis serta penyanyi jemputan persembahan ‘interlude’ AJL35 yang mendapat perhatian dan usikan nakal daripada warganet yang diperoleh daripada pelbagai sumber media sosial.

Sherry Al-Hadad

Bermula dengan Sherry Al-Hadad yang menggayakan busana rona berwarna hitam, nama pengacara AJL35 ini mendapat usikan nakal daripada netizen. Rata-rata daripada mereka menganggap lebihan kain di bahagian lengan Sherry itu seperti plastik sampah dan tidak kurang juga yang menyamakan busana tersebut seperti sebuah beg guni.

Apa pun, dalam persalinan seterusnya, Sherry begitu menyerlah dengan busana rekaan Hatta Dolmat.

Zizi Kirana

Muncul sebagai persembahan terbaik pada malam AJL35, Zizi Kirana kelihatan begitu cantik memakai sepersalinan tradisional lengkap. Sama seperti genre lagu yang menggabungkan pelbagai elemen, Zizi turut dilihat memakai kasut berjenama Nike sekaligus menampakkan unsur moden pada persembahannya.

Uniknya Nike edisi Air Force 1 itu telah direka khas dan mempunyai unsur batik pada kasut tersebut.

Shiha Zikir

Dalam satu persembahan, Shiha Zikir yang menggantikan Dato Sri Siti Nurhaliza bagi 7 Nasihat bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta mampu memakai beberapa busana yang sungguh cantik. Difahamkan, baju serta aksesori Shiha telah ditaja oleh Sabella yang juga merupakan penaja bagi AJL35.

Wany Hasrita

Jika sebelum ini penyanyi Wany Hasrita sering dianggap jadi mangsa fesyen, namun persembahan di dalam AJL35, pelantun Belenggu Rindu bersama Datuk Jamal Abdillah ini mendapat pujian ramai.

Bukan sahaja busana rekaan Rizman Ruzaini dan Tym Fatimah itu kelihatan cantik, malah gaya tudung bawal yang dipakai oleh Wany juga menaikkan lagi serinya.

Kaka Azraff

Juara Lagu AJL35 menerusi duet ‘Gila’ bersama Noki dan Loca B, Kaka Azraff berjaya ‘menghidupkan’ persembahannya dengan mimik muka serta sepersalinan yang digayakannya.

Unik dan tidak kurang juga yang menganggap imej tersebut mengingatkan peminat pada watak Maleficient.

Hael Husaini

Serba biru dalam persembahan Hati oleh Hael Husaini. Kelihatan kacak, namun di laman Twitter terdapat usikan nakal daripada netizen yang mendakwa baju yang dipakai oleh Hael tidak ubah seperti baju Beyonce dan juga watak kartun Elmo.

Close Enough ? @haelhusaini #AJL35 pic.twitter.com/zXXS8ckD7p

— KiniTrending (@KiniTrending) March 14, 2021

Azlan & The Typewriter

Persembahan kreatif dari Azlan & The Typewriter tidak kurang hebatnya. Mengambil inspirasi seperti di angkasa lepas, baju yang dipakai oleh kesemua mereka juga tampil dengan rekaan moden.

Sama seperti penyanyi lain, Azlan turut terkena tempias usikan netizen apabila menganggap pakaian mereka seperti uniform watak-watak di dalam filem Star Trek!

Aina Abdul

Busana unik bersama Aina Abdul seolah-olah tidak boleh dipisahkan. Ada sahaja inspirasi dan kisah di sebalik busana nya yang ingin disampaikan. Jika menerusi AJL yang lalu, Aina memakai serba putih kali ini, pemenang tempat kedua AJL35 ini memakai serba hitam dan disusuli dengan beberapa campuran warna pada bahgian bajunya.

https://twitter.com/jimboshimbo/status/1371107377097838592

Namun begitu, ada pula netizen yang menganggap baju Aina seperti bekas plastik kuih Almond London. Ooops!

Ziana Zain

Tampil membuat persembahan interlude, penyanyi popular Ziana Zain tampil kemas memakai rekaan Seth & Luna.

via Instagram Ziana Zain

Ada yang menyamakan Ziana seperti seorang pramugari dan tidak kurang juga yang melihat sarung tangan tersebut seperti sarung tangan di rumah mereka. Apa pun, semua komen tersebut hanyalah gurauan semata-mata daripada netizen dan merupakan sebahagian kemeriahan malam AJL35. Tahniah buat semua pemenang!

ajl35baju ajl35
https://lomp.at/e5pbt
Share84Tweet53SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem