Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Ezra Kong Komen Kemenangan AJL-35, Lagu ‘GILA’ Rupanya Pasal PKP?

by Phic ARMAN
March 15, 2021
Processed with VSCO with c8 preset

Processed with VSCO with c8 preset

144
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti mana yang menjadi topik hangat pada harini ini, agu ‘GILA’ dendangan Kaka Azraff, Noki dan Loca B terus menjadi sebutan selepas bergelar Juara Lagu yang ke-35.

Karya ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B itu melayakkan mereka membawa pulang trofi bersama hadiah wang tunai bernilai RM50,000.

Ini bukanlah kemenangan kali pertama Ezra Kong dalam AJL, sebelum ini dia telah muncul juara untuk lagu Haram nyanyian duet Hael Husaini & Dayang Nurfaizah di AJL33. Sebelum nya lagu Jampi nyanyian Hael Husaini bergelar juara di AJL32.

Menurut Ezra Kong dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Warner Music, dia menyangka dengan kemenangan lagu ini.

“Saya benar-benar tidak sangka dan tidak menjangka akan kemenangan lagu ini. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Warner Music Malaysia untuk bekerjasama dengan orang yang berbakat seperti Kaka Azraff, Noki dan juga Loca B.”

Tambahnya, dia turut berterima kasih kepada Hael Husaini kerana membantu dirinya mengetahui cara orang Melayu mendengar muzik.

“Dan sebenarnya saya juga berterima kasih kepada Hael Husaini yang banyak mengajar saya tentang cara orang Melayu mendengar muzik. Itu sedikit sebanyak membantu saya untuk menghasilkan melodi lagu tersebut,” jelas Ezra Kong selaku pencipta lagu.

Lagu ‘GILA’ Tentang PKP

https://www.youtube.com/watch?v=dq01O19–Og

Lagu ‘GILA’ yang berentak R&B hip Hop ini mengangkat subjek yang berat namun sarat dengan mesej positif. Seakan-akan cuba menyampaikan rasa resah gelisah terperangkap dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan yang memaksa rakyat Malaysia membataskan pergerakan dan hanya berkurung di rumah berbulan-bulan lamanya.

‘GILA’ menceritakan tentang kekuatan diri dalam menangani kekalutan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa takut serta terus kental menjalani kehidupan.

"Kami Tetap Sebumbung"- Kaka Azraff Pilih Berdiam Diri Isu Bercerai Secara "Ekspres"
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ezra kongkaka azraffLoca BNoki
https://lomp.at/btj2x
Share58Tweet36SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem