Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Nekad Ponteng Kelas! Dzaki Sukarno Akhirnya Dapat 3 ‘Yes’ Dari Juri American Idol

by Phic ARMAN
March 16, 2021
Share on Facebook

Seorang penuntut Universiti keturunan Indonesia bernama Dzaki Sukarno berjaya menarik minat para juri American Idol, Katy Perry, Lionel Richie, dan Luke Bryan.

Dzaki lulus uji bakat dengan tiga “yes” dan memperoleh tiket emas ke peringkat seterusnya.

Seperti yang dilaporkan oleh VOA Indonesia, lelaki dari New Mexico itu membawakan dua lagu country selama proses uji bakat.

Merasa Gugup

Tangkaplayar dari IG: @dzakisukarno

Walaupun telah menjalani latihan, Dzaki mengakui bahawa dia gugup ketika menghadapi Katy Perry, Lionel Richie dan Luke Bryan.

“Tidak ramai orang Indonesia yang mengikuti audisi American Idol, saya gugup tetapi teruja.”

“Saya tidak ingat apa-apa mengenai uji bakat saya, saya memasuki bilik uji bakat dan saya tidak ingat apa-apa, tetapi saya menikmatinya,”- kata Dzaki dalam siaran live video yang dikeluarkan menerusi Youtube VOA Indonesia .

YouTube video

Walaupun begitu, penampilan Dzaki berjaya menarik perhatian tiga hakim. Ke semuanya sepakat memberikan persetujuan mereka, atau “YA”, diikuti dengan “tiket emas” untuknya.

Tangkaplayar dari IG: @dzakisukarno

Dzaki mengakui bahawa dia sebenarnya mengikuti audisi untuk American Idol kerana dia dipaksa oleh rakan sekelasnya. Tidak mahu mengecewakan sokongan rakan-rakannya, pelajar Perniagaan Pertanian di New Mexico State University ini akhirnya mendaftar untuk menjalani uji bakat.

“Pada mulanya saya tidak mahu ikut serta, tetapi saya ponteng kelas dan mengikuti uji bakat (menerusi Zoom) dan dari sana sekarang saya di sini. Jadi, Alhamdulilah”-kata Dzaki.

Dzaki berharap dapat meneruskan langkahnya dalam acara American Idol untuk menaikkan namanya. Dia juga merancang untuk menjadi penyanyi country dari Indonesia.

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol
YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
american idolDzaki Sukarno
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara