Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

6 Selebriti Hollywood Yang Memenangi Anugerah Grammy Terbanyak

by Naddy Joe
March 17, 2021
76
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, Anugerah Grammy ke-63  telah berlangsung pada 15 Mac 2021. Dan selebriti seperti Beyoncé , anak perempuannya Blue Ivy, dan WizKid telah memperoleh kemenangan untuk video muzik terbaik ‘Brown Skin Girl’. Pada usia 9 tahun, kemenangan Blue Ivy juga menjadikannya sebagai pemenang Grammy termuda yang pernah ada. Beyoncé juga menjadi wanita yang memenangi anugerah terbanyak dalam sejarah Grammy, dengan jumlah sebanyak 28 anugerah.

Selain Beyoncé, terdapat beberapa selebriti Hollywood lain yang mendapat anugerah terbanyak dalam sejarah Anugerah Grammy. Siapakah selebriti yang dimaksudkan? Stay tune guys!

Quincy Jones (28)

Quincy Jones yang kini berusia 88 tahun, telah memperolehi 28 kemenangan Grammy dan 80 pencalonan sepanjang kerjayanya selama beberapa dekad sebagai produser, penulis lagu, komposer, dan arranger.

Beliau memenangi anugerah Grammy pertamanya pada tahun 1963 untuk Best Instrumental Arrangement ‘I Can’t Stop Loving You’. Dan sejak itu, beliau terus memenangi kategori Grammy yang paling berprestij, termasuklah Producer of The Year, dan Song of The Year. Pada tahun 1991, beliau turut menjadi salah seorang yang diberi penghargaan untuk Grammy Legend Award.

Beyoncé (28)

Beyoncé kini menjadi artis wanita yang memenangi banyak anugerah dalam sejarah Anugerah Grammy. Beliau telah memperoleh sebanyak 28 trofi, termasuk kemenangan untuk video muzik terbaik ‘Brown Skin Girl’ dan persembahan rap terbaik untu kolaborasinya bersama Megan Thee Stallion menerusi lagu ‘Savage’.

Alison Krauss (27)

Ratu bluegrass, Alison Krauss telah merasai kemenangannya sendiri dan bersama kumpulannya iaitu Union Station. Tetapi kemenangan terbesarnya adalah dengan Robert Plant pada tahun 2009, yang memenangi Album of The Year (“Raising Sand”) dan Record of The Year (“Please Read the Letter”)

Stevie Wonder (25)

Ikon R&B yang berusia 70 tahun ini merangkul kejayaan memenangi Album of The Year sebanyak tiga kali, sebuah rekod yang dikongsi bersama Frank Sinatra dan Paul Simon. Beliau turut memenangi tiga LP berturut-turut untuk 1973 ‘Innervisions’, 1974 ‘Fulfillingness’ First Finale, dan 1976 ‘Songs In The Key of Life’.

John Williams (25)

Komposer filem lagenda yang berusia 89 tahun ini memecahkan rekodnya sendiri dengan pencalonan Oscar ke-52 ( Best Original Score for Star Wars : The Rise of Skywalker). Walaupun beliau hanya membawa pulang lima Anugerah Akademi, beliau menang hampir lima kali ganda di Anugerah Grammy, yang terkini adalah pada tahun 2017.

Jay-Z (22)

Suami kepada Beyoncé turut memecahkan rekod untuk kategori Album Rap Terbaik (“Vol. 2 …Hard Knock Life”) pada tahun 1999. Beliau turut memenangi anugerah dalam setiao empat kategori Rap Field, dan Kolaborasi Rap bersama Beyoncé (“Drunk In Love”), Rihanna (“Umbrella”) dan Justin Timberlake (“Holy Grail”).

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Grammy!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/y70tr
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem