Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Itu Yang Mereka Nak’- Aiman Tino Putuskan Hubungan Dengan Kekasih

by Zaidin Albert
March 17, 2021
174
KONGSIAN
Share on Facebook

Kemelut dalam keluarga yang terjadi kepada penyanyi Aiman Tino dan ibunya Hazelina Mat Jalil pernah meraih perhatian netizen pada Februari yang lalu. Isu ini bermula selepas Hazelina meluahkan rasa kesalnya di Instagram melihat perubahan Aiman.

Pelantun lagu ‘Dendam Simpati‘ ini dikhabarkan berubah selepas menjalinkan hubungan cinta dengan wanita bernama Fara.  Hazelina juga memberi bayangan hidup anaknya itu dikongkong seorang wanita, malah karier Aiman juga mula terjejas.

Memenuhi Permintaan Ibu

Kini Aiman tampil buka mulut dan memberi penjelasan tentang kemelut yang melanda sebelum ini. Menurut Aiman, dia sudah putuskan hubungan dengan kekasihnya. Keputusan itu dibuat setelah menuruti permintaan ibunya.

“Dengan kekasih sudah tidak ada. Saya dengar cakap mak. Sekarang ini semua perkara saya buat sendiri. Saya uruskan kerja, perniagaan dan rutin harian sendiri. Semua saya buat sendiri. Itu yang mereka nak,” katanya.

Tambah Aiman, dia memang bekerja keras untuk keluarga namun mungkin mereka belum nampak yang dia usahakan di luar.

“Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana ia membuatkan saya nak lebih berjuang. Apa saya boleh cakap, keluarga saya mungkin tak nampak apa saya buat di luar dan saya pun kurang berkongsi dengan mereka. Saya memang bekerja keras untuk keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Aiman kini sibuk menguruskan perniagaan kedai makan char kuey teow di Wangsa Maju dan terbaharu di Kampung Baru. Dalam dunia lakonan, Aiman  terbabit dalam penggambaran drama Kampung Kolestrol lakonan bersama Sufian Suhaimi, Ziana Zain dan Mas Idayu.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Isteri Sufian Suhaimi Curi Tumpuan Netizen- 'He Force Me'!
sufian suhaimiZiana Zain dan Mas Idayu.
https://lomp.at/bvguc
Share70Tweet44SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem