Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ramai Instafamous Jadi Pelakon, Izara Aishah Persoal Stesen TV Tiada Bajet?

by Khai Azfar
March 18, 2021
69
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Izara Aishah menerusi ciapan di laman Twitter nya mempersoalkan tindakan stesen televisyen yang kini lebih memilih mereka yang terkenal di media sosial atau lebih dikenali sebagai ‘Instafamous’ sebagai pelakon.

Bayaran Murah Faktor Ambil Instafamous?

Akui Izara, dia melihat ramai golongan itu menjadi pelakon kononnya bayaran lebih murah. Malah Izara tertanya faktor penularan wabak COVID-19 sebagai punca stesen televisyen mempunyai bajet yang kurang untuk membayar pelakon sebenar.

“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet sebabkan Covid-19 ke?” tulis Izara

Zaman Izara Perlu Ujibakat 

Tambahnya lagi, sesetengah daripada mereka kelihatan seolah-olah tidak berminat untuk berlakon dan turut membandingkan pengalamannya bersama pelakon-pelakon seangkatan yang dikehendaki menjalani ujibakat sebelum terpilih. Jelas pelakon berusia 29 tahun ini, kerana minat yang mendalam menjadikan dia dan rakan-rakan sebagai pelakon dan mereka mempelajari bidang seni untuk menempatkan diri di dalam industri.

Meluahkan rasa kecewa, menurut Izara usaha yang telah diberikan mereka selama ini juga seperti sia-sia berbanding dengan cara pemilihan pelakon era kini.

“Sesetengah daripada mereka tidak berminat pun untuk bérlakon. Zaman saya, kami terpaksa pergi ujibakat. Minat yang mendalam menjadikan kami sebagai pelakon. Kami mempelajari bidang seni untuk masuk ke industri. Usaha yang kami berikan seperti sia-sia jika dibandingkan sekarang” tulisnya lagi

Menerusi carian Murai.my, ciapan tersebut mendapat lebih dari 15 ribu tanda suka (likes) dan 8,000 ulang kicau (Retweet) yang mana dipersetujui oleh rata-rata pengguna laman Twitter.

Pendapat mereka, segelintir daripada mereka hanya bersandarkan pada paras rupa dan tidak mempunyai bakat sebagai seorang pelakon. Tidak kurang juga faktor populariti membuatkan stesen televisyen memilih mereka sebagai faktor tarikan kepada sesebuah drama baharu yang ditayangkan.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyakat Izara Aishah, Buatkan Netizen Terhibur!-"Amboi Tokti Hahaha"
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
izara aishah
https://lomp.at/p538r
Share28Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem