[VIDEO] Baru Dilancarkan, Lihat Apa Perbezaan Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72

Mesti Baca

Semalam (17 Mac) jenama kegemaran rakyat Malaysia, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72. Siri terbaru Samsung Galaxy A ini membolehkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang awesome, paparan skrin jelas dan pengskrolan yang mudah, juga terdapat ciri-ciri Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan rintang air untuk kesenangan anda.

Siri Galaxy A juga akan mempertingkatkan pengalaman anda menggunakan telefon sekarang dengan menyediakan akses menyeluruh ekosistem Galaxy tersambung peranti lain seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan Galaxy Tab 1 .

Samsung telah meningkatkan tahap kualiti kamera, dan Galaxy A52 dan A72 adalah buktinya. Dengan memberikan ciri inovasi kamera serba guna untuk siri Galaxy A baharu, anda kini boleh merakam lebih banyak foto dan video yang menarik. Memiliki kamera kuad resolusi tinggi 64MP dan 4K Video Snap untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K.

Berikut perbezaan Spesifikasi Galaxy A52 dan A72

Ketersediaan

Siri Galaxy A baharu akan tersedia dalam Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White 14.

Jom tonton video unboxing siri Galaxy A baharu ini yang dimuatnaik di salauran Youtube rasmi Samsung Malaysia.

 

 

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada lagi kenyataan rasmi tentang harga di pasaran Malaysia. Namun, dipetik dari CNET, di pasaran Eropah, harga mencecah AS$415 (RM1,706) untuk A52, manakala A72 berharga AS$534 (RM2,196).

 

Terkini

Azhar Osman Kembali Selepas ‘Hiatus’ Dalam Industri Muzik

Setelah bertahun lamanya tidak mendengar perkembangan terbaharu pelakon dan penyanyi ini, Azhar Osman, kini kembali memeriahkan industri muzik dengan...

Artikel Berkaitan