Baru-baru ini aktor Korea Ji Soo telah dikeluarkan daripada membintangi drama River Where The Moon Rises disebabkan skandal buli. Ramai mendatangani petisyen agar aktor tersebut dikeluarkan dari drama itu.
Namun, Ji Soo bukanlah bintang Korea pertama yang dikeluarkan daripada drama disebabkan skandal. Berikut adalah beberapa bintang Korea yang dikeluarkan daripada produksi disebabkan pelbagai skandal. Stay tune guys!
Jung Joon Won
Aktor muda yang memainkan watak sebagai Cha Hae Kang dalam drama sensasi The World of the Married ini telah mengejutkan orang ramai kerana mengambil minuman keras dan merokok bawah umur (underage drinking and smoking). Berita ini muncul setelah tersebar foto aktor yang berusia 16 tahun bersama rakan-rakannya di sebuah restoran.
Mereka dilihat berada di restoran dikelilingi sejumlah soju dan bir. Disebabkan isu mengambil alkohol dan merokok di bawah umur, Jung Joon Won telah dikeluarkan dari drama The World of the Married, walaupun drama tersebut hanya berbaki dua episod terakhir.
Kang Ji Hwan
Kang Ji Hwan telah mengejutkan orang ramai dengan skandal gangguan seksual yang dilakukannya pada tahun 2019. Aktor yang membintangi drama Joseon Survival ketika itu, dilaporkan oleh agensinya dengan tuduhan gangguan seksual.
Mahkamah juga memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 2.5 tahun dengan tiga tahun percubaan. Aktor itu juga dipecat serta-merta dari drama Joseon Survival, yang ketika itu sudah berjalan selama 10 episod dan berbaki 6 episod lagi. Wataknya juga digantikan oleh Seo Ji Suk.
Cho Jae Hyun
Sama seperti Kang Ji Hwan, aktor senior Cho Jae Hyun turut dikeluarkan dari drama Cross disebabkan gangguan seksual. Tuduhan ini pertama kali dilaporkan oleh aktres Choi Yul pada tahun 2018. Tidak lama selepas kes itu muncul, aktor berusia 55 tahun itu melakukan permohonan maaf.
Selain itu, Cho Jae Hyun juga menarik diri daripada jawatannya sebagai profesor di Universiti Kyungsung. Disebabkan kes yang sama, pihak produksi tidak lagi membenarkan cho Jae Hyun untuk terus membintangi drama tersebut.
Go Hyun Jung
Go Hyun Jung dikeluarkan dari drama Return, yang dibintanginya pada tahun 2018 kerana masalah bersama pengarah. Dan pada mulanya, produksi drama tersebut berjalan dengan lancar sehingga episod 14 daripada jumlah keseluruhannya 34 episod.
Kemudian, muncul berita yang menyatakan bahawa Hyun Jung memutuskan untuk meninggalkan produksi setelah terlibat dalam pertengkaran besar dengan pengarah, dan wataknya sebagai Choi Ja Hye digantikan dengan Park Jin Hee serta-merta.
Han Ye Seul
Tidak seperti kes yang lain, Han Ye Seul hampir sahaja dikeluarkan dari drama Spy Myung Wol pada tahun 2011. Hal ini kerana Han Ye Seul secara tiba-tiba tidak hadir ke lokasi penggambaran yang menyebabkan situasi panik dan menangguhkan penyiaran episod 11 dan 12 disebabkan ketidakhadiran aktres tersebut. Aktres berusia 39 tahun itu dilaporkan pergi ke kediaman ibu bapanya di Los Angeles.
Beberapa hari kemudian, Han Ye Seul kembali ke Korea Selatan dan menyambung penggambaran drama sehingga selesai. Namun sejak itu, Han Ye Seul mendapat imej buruk dari orang ramai kerana dianggap tidak bertanggungjawab terhadap kerjanya dan bersikap tidak profesional.
Ji Soo
Aktor Ji Soo telah dikeluarkan dari drama River Where The Moon Rises yang dibintanginya bersama Kim So Hyun. Dan ketika itu, drama tersebut sudah dijalankan sebanyak 6 episod dari jumlah keseluruhannya 20 episod. Wataknya juga telah digantikan dengan aktor Na In Woo.
Hal ini disebabkan tersebar beberapa catatan dari mereka yang mengaku sebagai mangsa buli Ji Soo sewaktu masih sekolah sekitar tahun 2006 hingga 2008. Ji Soo juga telah membuat permohonan maaf melalui posting beliau di Instagram.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.