Samsung Umumkan Galaxy A32, Telefon Pintar 4 Kamera Dengan Layar 90Hz

Mesti Baca

Selain melacarkan Galaxy A72 dan A52, Samsung juga melancarkan Galaxy A32 baharu. Ia dilengkapi dengan kamera kuad 64MP, skrin 6.4” FHD+ Super AMOLED dan bateri sebesar 5,000mAH.

Untuk memberikan pengalaman tontonan berkualiti tinggi, Galaxy A32 tersedia dengan skrin 6.4-inch FHD + Super AMOLED Infinity-U Display, dengan kadar segar semula 90Hz dan tahap kecerahan sehingga 800nits walaupun di bawah sinaran matahari.

Di samping itu Eye Comfort Shield menyesuaikan suhu warna paparan secara automatik, berdasarkan corak penggunaan telefon pintar, memberikan peluang kepada pengguna untuk menonton dengan lebih lama di bawah perlindungan.

Ditambah lagi, kadar segar semula yang tinggi juga memberikan pengskrolan yang lebih mudah kepada pengguna apabila mereka ingin menggunakan aplikasi lain.

IKLAN



Kepada yang Kaki Game,perisian dalaman Game Booster mengawal prestasi permainan game dan mengubah pengesetan secara automatic termasuk hayat bateri, suhu dan penggunaan memori untuk memberikan pengalaman terbaik apabila bermain game video.

Galaxy A32 menyokong Android 11 dan One UI 3, supaya para pengguna boleh fokus pada hal penting apabila menggunakan ciri-ciri dalam telefon. Tersedia dengan sensor peragaan ibu jari dan dilindungi oleh platform sekuriti Samsung Knox yang menjaga data peribadi pengguna.

Berikut Spesifikasi untuk Galaxy A32

Galaxy A32 tersedia dalam empat warna yang menarik – Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Violet. 

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada lagi kenyataan rasmi tentang harga di pasaran Malaysia. Namun, dipetik dari GSMArena, harga boleh mencecah AS$299 atau sekitar RM1,200.

Terkini

Azhar Osman Kembali Selepas ‘Hiatus’ Dalam Industri Muzik

Setelah bertahun lamanya tidak mendengar perkembangan terbaharu pelakon dan penyanyi ini, Azhar Osman, kini kembali memeriahkan industri muzik dengan...

Artikel Berkaitan