Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Suria FM Adakan Konsert Digital 24 Mac Ini!

by Khai Azfar
March 19, 2021
Share on Facebook

Buat pendengar setia Suria FM dan mereka yang rindukan siri Jelajah Suria, buat pertama kalinya Suria akan membawakan Konsert Digital Jelajah Suria ke skrin digital pada Rabu, 24 Mac ini bermula jam 9.00 malam.

Persembahan Artis Popular

Menghimpunkan barisan artis popular dan juga lagenda seperti Haqiem Rusli, Iman Troye, Dato Awie, Floor 88, Masdo, Lah Ahmad, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Farisha Iris dan Bob Sentuhan, konsert ini bakal disiarkan di Facebook Suria FM, Youtube SuriaTV, aplikasi Suria Malaysia dan turut disiarkan secara langsung di frekuensi Suria FM.

Walaupun dilakukan menerusi virtual, penonton juga boleh berinteraksi secara langsung bersama penyampai Suria dan artis jemputan serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif Suria menerusi aktiviti pentas sepanjang konsert berlangsung.

Dalam perkembangan lain, Suria FM akan turut melancarkan kempen Bantuan Tunai Suria yang menawarkan sebahagian daripada RM40,000 bermula 22 Mac hingga 9 April ini. Kempen ini akan memberi peluang kepada pendengar bertuah memenangi wang tunai RM300 setiap hari dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi oleh penyampai Suria.

Peraduan ini akan dijalankan di kesemua lima segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria Suria Petang dan Suria Cinta.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Konsert Suria FMsuria fm
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  5. 5

    Fatiya Latiff Dedah Realiti Dunia Seni, Akui Tidak Lagi Jadi Pilihan Untuk Watak Utama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara