Angelina Jolie mendakwa bahawa beliau mempunyai ‘bukti’ mengenai dakwaan keganasan rumah tangga Brad Pitt di mahkamah.
Laporan FOX News melaporkan bahawa Angelina Jolie juga bersedia untuk menunjukkan bukti dakwaan keganasan Brad Pitt dalam kes penceraian mereka yang masih berjalan.
Bersedia Memberikan ‘Bukti’
Aktres filem ‘Maleficent’ itu dilaporkan memfailkan dokumen mahkamah pada hari Jumaat 12 Mac, yang menyatakan bahawa dia dan anak-anaknya bersedia memberikan ‘bukti dan kuasa yang menyokong’ tuntutan penderaan terhadap Brad Pitt.
“Ia juga satu lagi kes Angelina yang mengubah naratif jika sesuai sambil menambah bahawa ianya penting untuk diperhatikan bahawa Brad Pitt dibebaskan dari tuduhan penderaan kanak-kanak oleh FBI dan Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Keluarga pada tahun 2016 berikutan dakwaan pergaduhan yang berlaku antara Brad Pitt dan Maddox di kapal terbang.”- FOX News
Akui Beberapa Tahun Sebelumnya Adalah Cukup Sukar
Sementara itu, Jolie sewaktu ditemubual oleh British Vogue pada awal tahun ini membicarakan tentang kehidupan di rumah bersama anak-anaknya mengakui ‘beberapa tahun sebelumnya adalah cukup sukar’.
“Saya fokus untuk menyembuhkan kembali keluarga kami. Ianya perlahan-lahan kembali, seperti ais yang mencair dan darah kembali ke badan saya.”-Kata Jolie
Angelina Jolie dan Brad Pitt ini pernah berkahwin pada tahun 2014 setelah kira-kira 10 tahun bersama dan berpisah dua tahun kemudian.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.