Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] “Kami Bukan Mereka”- OVA Nafi Tiru Konsep Kumpulan MAX 24:7

by Khai Azfar
March 23, 2021
Share on Facebook

Pendatang baharu dalam industri, kumpulan Overall atau lebih dikenali sebagai OVA menafikan bahawa kemunculan sulung mereka seakan meniru konsep sama seperti kumpulan MAX 24:7,yang pernah popular membawakan genre MPop (Malaysia Pop) suatu ketika dahulu.

Lebih Ke Arah Hip Pop

Menjelaskan lebih lanjut mengenai konsep yang dibawakan, OVA berkata genre mereka lebih ke arah Hip Pop (Hip-Hop dan Pop) dan tidak memfokuskan pada sebuah genre semata-mata. Malah mereka juga tidak menolak elemen tarian serta gaya mereka menerusi single ‘Over All’ membuatkan peminat terfikir mereka cuba membawakan kembali konsep yang pernah dipopularkan kumpulan tersebut.

“Sebenarnya kami bukannya bawakan konsep yang sama seperti kumpulan MAX 24:7. Kami tidak fokus pada sebuah genre dan ketika ini apa yang kami cuba bawakan adalah konsep Hip Pop”

“Peminat mungkin ingat kami tiru konsep yang sama sebab dalam MV kami ada menari dan sebagainya. Memang tak sama, masing-masing ada keunikan sendiri” kata Syazwan mewakili OVA

Lebih 30 Ribu Tontonan Dalam Masa Seminggu 

Dalam pada itu, OVA turut memanjatkan rasa syukur apabila single pertama mereka mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan peminat. Baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu, namun video muzik tersebut telah mendapat lebih daripada 30 ribu tontonan serta turut mendapat tanda suka (like) sebanyak 3 ribu daripada penonton di laman YouTube.

Ketika ditanya mengenai kecaman yang diterima, OVA berkata mereka sedia untuk menerima segala pandangan terutamanya daripada mereka yang sudah berpengalaman di dalam industri.

“Alhamdulillah syukur sebenarnya kami tak sangka yang single pertama kami akan mendapat perhatian apatah lagi baru sahaja seminggu dilancarkan”

“Kalau tengok trend sekarang, kami rasa kecaman itu seperti normal. Jadi apa pun sahaja teguran daripada peminat, kami akan ambil dan perbaiki untuk kebaikan pada masa akan datang” katanya kepada Murai.my

OVA yang mempunyai seramai empat orang ahli kumpulan pelbagai bakat dianggotai oleh Muhamad Shahrizal Azri(Harry), 22, Arif Iskandar (Arif), 20,Muhamad Shahrul Iman(Sha),24 dan Muhamad Syazwan(Syazwan), 29. Sebagai info, ada diantara mereka merupakan bekas penari kepada penyanyi Harris Baba dan pernah menganggotai kumpulan Wakaka Crew.

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kumpulan OVAMax 24:7
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara