Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Perjalanan Bagaimana Bermulanya Kerjaya Dayah Zubit Sebagai Pengasuh Siti Aafiyah

by Amirul Fikry
March 27, 2021
236
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan gadis cantik manis yang menggelarkan dirinya sebagai ‘kakak’ kepada anak penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah. Menerusi satu artikel yang dikeluarkan oleh In-Trend, Dayah telah berkongsi cerita mengenai kisahnya bersama dengan keluarga Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Cantik manis lagi ayu orangnya. Dayah ni bukan calang-calang orangnya.

via Ohbulan.Com

Berikut adalah fakta dan perkongsian Dayah mengenai pengalamannya diterima sebagai pengasuh Siti Aafiyah. Jom kita tengok!

  1. Dayah adalah seorang gadis manis yang kini berusia 25 tahun dan berasal dari Padang Serai, Kedah Darul Aman.
  2.  Dayah mempunyai lulusan diploma dalam bidang kejururawatan. Dayah mencuba nasib  setelah mendapat tahu mengenai Dato’ Siti yang sedang mencari jururawat peribadi. Namun, dia sebenarnya tidak tahu bahawa tugasannya adalah untuk menjaga Siti Aafiyah.
  3. Dayah cuba menghubungi pengurus peribadi Dato’ Sri Siti iaitu Kak Rozi dan Dayah diminta untuk datang terus ke rumah Dato’ Siti untuk sesi temuduga.
  4. ‘Nervous’ itulah perasaan yang dirasakan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di rumah Dato’ Siti. Dia kemudiannya ditemuduga sendiri oleh Dato’ Siti dan juga Datuk K.
  5. Dayah kemudiannya diberi pilihan sama ada mahu tinggal sekali atau balik hari. “Tapi dari butir bicara ‘Mak Iti’ panggilan manja untuk Dato’ Siti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiasa ada bersama Siti Aafiyah walau kemana sahaja Aafiyah pergi. Jadi Dayah fahamlah,” kata Dayah.
  6. Tanggal 21 Mei 2018, maka bermulalah tugasan dan tanggungjawab baru Dayah sebagai pengasuh kepada Siti Aafiyah.
  7. Tidak dinafikan perasaan bercampur baur kerana risau akan tugasannya bukanlah satu tugas yang mudah. Dia diamanahkan untuk menjaga anak kepada orang yang sangat terkenal. Risau kalau apa yang diberi tidak menepati’ standard’ yang diharapkan. Namun perlahan lahan Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan ianya sangat memudahkan kerja Dayah.
via budiey.com 

8. Pada mulanya Dayah berasa agak kekok namun dia turut bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Dato’ Siti dan Datuk K. Dato’ Siti memainkan peranan yang penting dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa seperti keluarga sendiri dan tidak merasa terasing.

9. Dato’ Siti juga merupakan seorang ibu yang sangat lembut, seperti mana yang selalu kita tengok di instagram, begitu jugalah realiti bagaimana dia melayani anaknya, Siti Aafiyah.

10. Dayah pernah mendapat tawaran dai KKM untuk satu jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bagi dan akhirnya Dayah mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut dan memilih kerjaya sebagai pegasuh kerana kasih sayangnya terhadap Aafiyah yang sangat mendalam.

Sebelum ini, Dayah juga pernah merakamkan video pendek tentang gelagat Aafiyah dalam melakukan #patiencechallenge (ujian kesabaran) yang tular sekitar Mei lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Hidayah Zubit (@dayahzubit)

Dayah Zubit adalah pengasuh kesayangan Siti Aafiyah dan juga Dato’ Sri Siti Nurhaliza tau!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
dayahzubit kakak pengasuh sitiafiyah stinurhaliza
https://lomp.at/d551g
Share94Tweet59SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem