Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Selepas Menarik Diri Dari Keluarga Diraja, Putera Harry Kini Peroleh Pekerjaan Baharu

by Naddy Joe
March 24, 2021
240
KONGSIAN
Share on Facebook

Kini Duke of Sussex memiliki pekerjaan baru setelah menarik diri daripada tugas diraja.

Putera Harry Bakal Menjadi Chief Impact Officer

Menerusi kenyataan BetterUp, Duke of Sussex, Putera Harry akan menjadi chief impact officer di BetterUp Inc, sebuah syarikat yang berpusat di San Francisco yang menyediakan virtual coaching dan kaunseling kepada pekerja dan individu. Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BetterUp, Alexi Robichaux menyatakan,

” Sebagai pasukan eksekutif BetterUp, Putera Harry akan mengembangkan kerja yang dilakukannya selama bertahun-tahun ketika dia mendidik masyarakat dan memperjuangkan pentingnya memberi tumpuan kepada kecergasan mental dan potensi manusia di seluruh dunia.” -Alexi Robichaux

Luah Rasa Teruja Untuk Berkhidmat Sebagai Pasukan Eksekutif BetterUp

via BetterUp

Putera Harry dalam satu kenyataan menyatakan rasa teruja untuk berkhidmat sebagai ahli pasukan eksekutif BetterUp supaya dapat membantu orang lain mengutamakan kesihatan mental.

“Saya sangat teruja untuk menyertai pasukan BetterUp dan masyarakat! Saya yakin bahawa memberi fokus dan mengutamakan kecergasan mental akan membuka peluang dan potensi yang kita tidak ketahui berada dalam diri kita.”- Putera Harry

Putera Harry turut menyatakan apa yang dipelajari dalam kehidupannya sendiri adalah mengubah kesakitan menjadi satu tujuan.

“Selama berdekad saya berada dalam ketenteraan, saya belajar bahawa kita bukan sahaja perlu membina ketahanan fizikal, ketahanan mental juga perlu dibina. Dan bertahun-tahun sejak itu, pemahaman saya mengenai apa erti ketahanan, bagaimana untuk membinanya, dan ketahanan yang sudah dibentuk oleh ribuan orang dan pakar yang saya rasa beruntung untuk bertemu dan belajar daripadanya.”-Putera Harry

Putera Harry pernah bersuara mengenai kesihatan mentalnya semenjak kematian ibu, Puteri Diana pada tahun 1997 dan waktunya sebagai Tentera British yang aktif dari tahun 2005 sehingga tahun 2015.

Sekadar info, BetterUp adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2013, menjalankan rangkaian lebih daripada 2,00 pelatih di tempat kerja yang menyediakan konsultasi pada one-on-one video chat dan menawarkan interactive professional development content, dan real-time insight untuk mengesan kemajuan pekerja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/o51jl
Share96Tweet60SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem