Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Artikel Sampah, Get Lost Bro!” – Isa Khan Naik Angin

by Khai Azfar
March 24, 2021
270
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi Isa Khan meluahkan rasa berang terhadap sebuah portal hiburan setelah terpalit kontroversi yang mendakwa dia dan isteri yang juga pelakon, Nur Risteena ke Sabah kononnya untuk berbulan madu.

Isa Khan Mengamuk 

Dalam hantaran di laman Instagram miliknya, Isa meluahkan rasa kesal kerana terdapat sebuah artikel yang ditulis mereka sebelum ini telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen. Jelasnya, artikel tersebut telah dikongsi tanpa bertanya kepada mereka terlebih dahulu.

Sebelum itu, Isa dan Risteena teruk dikecam kerana dianggap telah menyalah gunakan kebenaran merentas negeri biarpun mereka telah memaklumkan tujuan ke negeri di bawah bayu itu adalah atas urusan perniagaan.

“Artikel sampah. Get lost bro” tulis Isa

Tambah Isa lagi, sebelum ini dia telah meminta kepada wartawan itu untuk memadam artikel tersebut kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan namun permintaannya tidak diendahkan.

“Aku minta kau remove (padam) artikel tu sebab berbaur fitnah dan boleh timbulkan lagi banyak salah faham, itu pun kau tak boleh nak buat?” katanya lagi

Menerusi carian Murai.my, Risteena turut berkongsi kenyataan menjelaskan sekali lagi tujuan mereka ke sana.

Polis Akan Panggil Pasangan Selebriti 

Dalam perkembangan lain, pihak polis mengesahkan akan memanggil pasangan suami isteri selebriti untuk diambil keterangan selepas dikatakan pergi berbulan madu di Semporna, Sabah baru-baru ini.

Memetik laporan Kosmo,pasangan tersebut masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis sebaik mereka kembali ke Semenanjung.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
isa khanIsa Khan MengamukIsa Khan Risteena
https://lomp.at/ctdlz
Share108Tweet68SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem