Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

iQiyi Mengumumkan Usaha Sama Dengan Media Prima & Celcom

by Zaidin Albert
March 24, 2021
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Platform penstriman antarabangsa iQiyi kini bekerjasama dengan Media Prima dan Celcom, mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju platform penstriman di Malaysia. Kerjasama ini memberi hak penyiaran eksklusif untuk pelbagai rancangan popular TV3.

YouTube video

Lebih menarik, kesemua judul TV3 ini akan ditempatkan di satu ruangan khas di aplikasi iQiyi, yang juga boleh diakses melalui pautan www.iQ.com/local. Ruangan tontonan tempatan yang diberi nama ‘Local’ ini dijangka akan mengandungi lebih 1,000 jam senarai tontonan premium tempatan menjelang akhir tahun 2021.

Mereka akan dapat menonton rancangan istimewa Ramadan dan Hari Raya seperti Sabarlah Duhai Hati dan Cukup Derita Itu, serta senarai tontonan popular yang amat dinanti-nantikan iaitu sambungan drama, 7 Hari Mencintaiku 2 dan Budak Tebing.

Manakala kerjasama dengan Celcom sebagai Rakan Telekomunikasi Rasmi bagi rancangan terbitan utama iQiyi, Youth With You 3.

Foto: Instagram @lalalalisa_m

Rancangan variasi hit dari China ini telah mempunyai jumlah penonton yang tinggi di Malaysia yang menampilkan produksi berkualiti tinggi, pengalaman tontonan interaktif, serta dibarisi para juri ternama seperti Lisa dari kumpulan BLACKPINK, Li Ronghao dan Will Pan.

iQiyi mencatatkan 68 juta jumlah jam tontonan diplatformnya, hanya pada 2020 sahaja. Dalam satu kaji selidik bebas mendapati, pengguna sanggup menonton iklan untuk bayaran langganan rendah atau tontonan percuma.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
7 Hari Mencintaiku 2IqiyiLisa Blackpink
https://lomp.at/nu9tg
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem