Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Uniknya! Lagu P. Ramlee Dijadikan Nasyid & Rap

by Khai Azfar
March 24, 2021
Share on Facebook

Setelah lebih lima tahun tidak muncul dengan single terbaru, kumpulan nasyid Hijjaz akhirnya mengubati kerinduan peminat mereka menerusi lagu terbaharu.

Kolaborasi Bersama Kmy Kmo,Lucka Sickta & Pasya Mentor 

Uniknya mengenai lagu kali ini, mereka telah memberi nafas baharu kepada lagu Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa (TKSB) 2020. Bukan itu sahaja, Hijjaz yang dianggotai Munif Ahmad, Isman Nadim Isam, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim turut mencipta sejarah apabila julung kalinya berkolaborasi bersama duo rap terkenal tanah air, Kmy Kmo dan Lucka Sickta serta bekas peserta program realiti Mentor musim ketujuh, Pasya.

Ilham Di Madinah 

Bagi menampilkan kelainan selepas sekian lama tidak memiliki buah tangan terbaru, Hijjaz menyuntikkan eleman segar ke dalam single terbaru itu apabila memasukkan elemen Rock Nasyid Rap (RNR). Anggota Hijjaz, Isman Nadim Isam yang juga pencetus idea kepada TKSB 2020 malah turut bertindak sebagai penulis lagu, lirik serta penerbit lagu itu berkata, dia mendapat ilham hampir tiga tahun lalu ketika berada di Madinah.

“Siapa yang tidak meminati Allahyarham Tan Sri P Ramlee, malah sehingga kini lagu-lagunya malar segar serta masih melekat di jiwa kebanyakkan daripada kita. Lagu Tiada Kata Secantik Bahasa adalah salah satu lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang cukup saya minati dan bagi saya ia sebuah lagu yang bagus. Sewaktu berada di Madinah sekitar 2018, saya terfikir kenapa tidak lagu itu digubah menjadi lagu selawat. Saya berhasrat menukar liriknya yang memuji wanita kepada memanjatkan selawat ke atas Rasullullah.”

“Semoga dengan karya itu, dapat menjadi ladang pahala bukan saja kepada mereka yang turut berselawat apabila mendengarkan lagu kami, malah pahala itu dapat mengalir kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, itulah objektif utama saya. Jadi sepanjang di Masjid Nabawi, saya gunakan kesempatan itu berbual-bual dengan Rasullullah, sambil meminta baginda mengaminkan doa saya. Alhamdulillah setelah hampir tiga tahun, hasrat itu akhirnya termakbul,” kata Isman.

Kelulusan Lagu Punca Tertangguh 

Ujar Isman, kekangan bajet menjadi faktor kenapa hasrat untuk menghasilkan single terbaru itu tertangguh agak lama. Selain itu katanya, urusan mendapatkan kelulusan hak penciptaan lagu yang pastinya menyukarkan menjadi antara sebab kenapa mereka melupakan hasrat itu buat seketika.

Hattan, Jamal Abdillah Antara Yang Turut Serta, Cara TV AlHijrah Sambut Ambang Tahun Buka Mata Masyarakat

Namun penantian itu nyata berbaloi, doa mereka seakan dimakbulkan apabila pihak Universal Music yang juga pemegang hak cipta lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee menawarkan projek single kepada mereka. Enggan menunggu lama, Hijjaz ‘menyambar’ tawaran yang dihulurkan syarikat rakaman terkemuka itu.

“Ketiadaan bajet membuatkan kami terpaksa memendamkan saja hasrat untuk terbitkan lagu itu pada mulanya. Lagipun ia melibatkan syarikat yang besar, jadi kami biarkan saja hasrat itu terpendam.

“Tapi mungkin inilah dinamakan rezeki apabila saya menerima panggilan telefon daripada Penasihat A&R Domestik Universal Music Malaysia, Hermond Cheng sebelum sambutan Maulidur Rasul tahun lepas. Dia tanya adakah saya mempunyai lagu baru, jadi saya pun ceritakan kepada Hermond mengenai rancangan Hijjaz, dan secara kebetulan pula Universal Music adalah pemegang hak cipta lagu-lagu Tan Sri P Ramlee, jadi proses kami menjadi mudah.

“Saya juga beritahu pada Hermond saya ingin mencari penyanyi rap untuk berkolaborasi dalam lagu ini. Mereka mencadangkan supaya kami bekerjasama dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta, kebetulan pula saya memang mengagumi duo berkenaan. Mereka bukan saja berbakat menyanyi rap dengan baik, malah lirik yang mereka hasilkan juga bagus. Jadi Hijjaz terus bersetuju dan meminta mereka hasilkan lirik untuk bahagian rap pada lagu TKSB 2020,” katanya lagi

Difahamkan, pada awal perancangan Hijjaz ingin berkolaborasi bersama Azlan dari kumpulan Azlan & The Typewriter. Namun kerana kekangan jadual, hasrat itu tidak kesampaian dan memilih Pasya sebagai pengganti.

Sekadar info, TKSB 2020 sudah pun dilancarkan empat bulan lalu, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) proses promosi lagu berkenaan tidak dapat dilakukan.

Lagu TKSB 2020 boleh didengar di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple,Music, Joox, Deezer dan KKBOX, manakala muzik videonya boleh ditonton melalui saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Hattan, Jamal Abdillah Antara Yang Turut Serta, Cara TV AlHijrah Sambut Ambang Tahun Buka Mata Masyarakat

YouTube video

hijjazKmy Kmo Luca SicktaTiada Kata Secantik Bahasa
https://lomp.at/4a5x2
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara