Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Ada Yang Makan Hati Mentah! 5 Bintang K-Pop Ini Memiliki Tabiat Yang Pelik

by Naddy Joe
April 17, 2021
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi peminat K-Pop, membeli album terbaru dan menonton wanwancara artis kegemaran mereka di televisyen sahaja tidak cukup. Ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah membeli pakaian yang serupa dengan idol mereka.

Tetapi bagaimana jika K-Pop idol mereka mempunyai tabiat makan dan minum yang pelik? Adakah anda sanggup? Berikut adalah beberapa selebriti K-Pop yang mempunyai tabiat makan dan minum yang pelik. Stay tune guys!

NCT Jaemin

Pada Julai 2019, ahli kumpulan NCT menjadi tetamu dalam rancangan televisyen JTBC Idol Room, emcee menyediakan makanan dan minuman yang selalu dimakan oleh Jaemin, termasuklah americano dengan lapan shot espresso. Jaemin kelihatan sangat gembira menikmati minuman americano yang sangat strong dengan menyatakan,

“Saya harus meminumnya untuk sentiasa peka.”- Jaemin

Selain dari mengambil americano yang kuat ini, Jamein juga sangat menyukai makanan yang sangat pedas dan manis. Dia pernah membuat kentang manis goreng yang disalut bersama gula untuk ahli kumpulannya yang lain.

“Saya mempunyai gula perang di sisi katil saya. Saya akan memakannya setiap kali saya bosan.”- Jaemin

YouTube video

Kang Daniel

Bekas ketua kumpulan Wanna One, Kang Daniel sangat menyukai spring onion dan bakon. Ianya mungkin kedengaran tabiat makanan yang biasa, tetapi beliau suka memakannya secara mentah.

Peminat mula meluahkan kebimbangan setelah melihatnya memakan bakon mentah dalam satu episod rancangan It’s Dangerous Beyond The Blankets kerana boleh menyebabkan keracunan makanan dan masalah kesihatan yang lain.Kang Daniel menjelaskan bahawa dia sangat menyukai bakon mentah sejak sekolah rendah kerana ianya sangat enak.

Kang Daniel juga sangat menyukai sos pedas, lada dan bawang. Dalam episod rancangan Please Take Care of My Refrigerator, dia menyatakan bahawa dia suka membekukan daun bawang (spring onion) dan memakan seperti ice pop kerana sukakan teksturnya.

Twice Tzuyu

Sewaktu penampilannya dalam rancangan JTBC Girls Who Eat Well, dia mendedahkan bahawa dia biasanya akan menghancurkan biskut sehingga menjadi serbuk dan gaulkannya bersama nasi.

“Ia mungkin kelihatan pelik, tetapi rasanya lebih sedap dari apa yang anda fikirkan.”- Tzuyu

f(x) Victoria

Victoria dari kumpulan f(x) mempunyai tabiat sukakan makanan yang mampu membuatkan orang lain berasa ragu-ragu untuk mencubanya.

Semasa dalam rancangan MBC Golden Fishery- Radio Star, Victoria mendedahkan bahawa dia sangat suka memakan otak ayam sewaktu berada di China, sambil  membandingkan rasanya dengan tofu. Dia juga menyukai makana seperti mata ikan, kulit babi, hati lembu mentah, lidah lembu, dan ulat sutera yang dikukus.

IU

Melalui rancangan KBS Citizen Talk Show Hello, IU mendedahkan bahawa dia sangat suka memakan hati mentah. Dia turut menyatakan akan memakan hati mentah kira-kira dua atau tiga kali sebulan kerana sukar untuk mendapatkannya, dan akan memakannya setiap hari jika boleh.

IU menjelaskan bahawa dia menyukai rasa dan bau darah pada hati yang mentah, yang membuatkan ia kelihatan sangat enak untuk dimakan.

YouTube video

Adakah anda sanggup mencuba?

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/esfjl
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem