realme Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran rasmi keluaran AIoT terbaharunya, realme Buds Air 2 dengan kolaborasi DJ terkenal antarabangsa, The Chainsmokers.
Model ini dikuasakan dengan Sistem Pembatalan Hingar Aktif atau Active Noise Cancellation (ANC) dan 25 jam penggunaan bagi setiap pengecasan penuh untuk kegunaan harian terutamanya bagi peminat muzik.
realme Buds Air 2 juga sangat sesuai dengan belia yang mencari pendamping audio yang enak bunyinya selain menyerlahkan stail si pemakai.
Menurut Pengurus Jenama realme Malaysia,Tiffany Teh, realme Buds Air 2 dapat mendengar lagu dan berbual tanpa bunyi bising yang tidak diingini. Ini merupakan pencapaian yang luar biasa realme dan The Chainsmokers dalam menghasilkan peranti audio berkualiti tinggi dengan pengalaman suara premium dalam segmennya.
Sistem Pembatalan Hingar Aktif (ANC) serendah 25dB
Fungsi Active Noise Cancellation (ANC) adalah kelebihan utama pada realme Buds Air 2. Dengan adanya fungsi ini, lebih ramai anak muda dapat menikmati permainan video dan audio dari masalah bunyi bising yang tidak diingini. Fungsi ini juga dapat mengurangkan kebisingan hingga 25dB dengan saringan bunyi frekuensi rendah seperti bunyi pengangkutan awam dan peralatan rumah.
Bateri Bertahan Selama 25 Jam
Dari segi prestasi bateri, peningkatan ketara dapat dilihat pada realme Buds Air 2. Hayat bateri telah meningkat dari 17 jam kepada 25 jam ketika fungsi ANC dipadamkan, namun anda masih dapat menikmati 22.5 jam waktu main semula apabila ANC dihidupkan. Sementara itu, peranti ini menyokong pengecasan pantas di mana anda boleh mula bermain balik selama 2 jam dengan pengecasan 10 minit. Model realme Buds Air 2 ini boleh bertahan selama 5 jam dengan hanya sekali cas dalam satu jam.
Latensi Serendah 88ms
realme Buds Air 2 dapat memenuhi keperluan peminat ‘mobile gaming’ melalui Mod Permainan yang ditingkatkan dengan latesi serendah (Super Low Latency) 88 ms, memperlihatkan pengurangan 35% berbanding generasi sebelumnya.
Generasi baharu Bluetooth 5.2 pada realme Buds Air 2 dapat memastikan sambungan yang stabil walaupun pengguna berada dalam persekitaran dengan gangguan pelbagai peranti. Dengan jarak penghantaran sehingga 10 meter, anda dapat memainkan muzik dengan lancar walaupun telefon pintar anda tidak berhampiran dengan anda. Malah, anda juga dapat mengelakkan kesalahan ‘sync’ pada saat-saat kritikal semasa bermain, lebih mudah bagi anda untuk mengenal pasti lokasi musuh dengan ketepatan yang hebat dan peroleh kemenangan.
10mm Hi-Fi Bass Boost Drive and New Bass Boost+ Mode
Kerjasama antara realme Audio Studio dengan The Chainsmokers bertujuan untuk meningkatkan kualiti suara dan pengalaman penggunaan pada realme Buds Air 2. Oleh itu, diafragma karbon seperti berlian dipilih untuk menjadikan telinga anda pengalaman terbaik dengan menghadirkan suara berkualiti tinggi. Kadar ‘distortion’ pada realme Buds Air 2 juga telah dikurangkan menjadi bawah 0.5% yang merupakan standard tertinggi industri.
Di samping itu, realme turut melancarkan Bass Boost+ Mode sebagai penyelesaian peningkatan bass yang memanfaatkan sepenuhnya kekuatan gegelung dinamik dan diafragma, menjadikan bunyi bass seperti ‘live’.
Rekaan ‘Trendsetting’, Ringan dan Tahan Lasak
realme Buds Air 2 bukanlah ‘earbuds’ untuk rutin harian anda semata-mata, malah ia direka untuk memberi kelainan pada stail dan fesyennya yang ‘trendy’. realme Buds Air 2 menawarkan dua warna bergaya, Closer Black dan Closer White yang menggunakan dua warna unik yang bergabung.
Berat satu earbud hanyalah 4.1 gram, iaitu lebih ringan daripada sehelai kertas A4. Sebagai tambahan, tiga ukuran tip silikon iaitu S, M dan L turut ditawarkan kepada pengguna supaya mereka dapat memilih earbud yang berukuran tepat berdasarkan saluran telinga untuk penggunaan yang selesa sepanjang hari.
realme Buds Air 2 juga menyokong ketahanan air IPX5, kecuali kotak pengecasannya, sesuai untuk penggunaan harian yang kompleks.
realme Buds Air 2 boleh didapati dengan harga RM199. Jualan pertama OFFLINE di stor rasmi realme dan pengedar sah realme seluruh negara bermula 3 April 2021
Manakala menerusi jualan ONLINE di Lazada, bermula pada 8 April 2021, jam 12 tengah malam.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.