Menyesal! Jamie Dornan Dedah Punca Berhenti Dari Trilogy Fifty Shades

Mesti Baca

Fifty Shades adalah siri trilogi filem Amerika yang terdiri daripada tiga filem drama romantis oleh pengarang E. L. James. Ia diedarkan oleh Universal Studios dan dibintangi oleh Dakota Johnson dan Jamie Dornan masing-masing memegang watak utama sebagai Anastasia Steele dan Christian Gray.

Menurut Vix W, Jamie Dornan menyesal melakukan filem franchise Fifty Shades dan dia tidak akan melakukannya lagi.

Dikritik Dengan Teruk

via Lovelace

Kontroversi mula timbul apabila mereka memulakan pengambaran filem pertama, Fifty Shades of Grey. Jamie menolak permintaan produksi dan dikritik hebat apabila disuruh untuk tidak mengenakan sebarang pakaian ketika melakonkan wataknya.

Penggambaran Yang Tidak Selesa

via Popsugar

Menurut Vix W, Jamie Dornan menyatakan bahawa dia tidak selesa semasa melakukan aksi panas bersama Dakota Johnson. Baginya sangat tidak selesa melakukan aksi panas dimana terlalu ramai krew yang menyaksikan lakonanya itu.

Menjadi Isu Kepada Isterinya

via Cosmopolitan

Jamie terpaksa meninggalkan isterinya yang ketika itu sedang sarat mengandung dengan pergi ke gym selama 6 jam sehari demi mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan oleh produksi. Isterinya juga tidak pernah menonton mana-mana filem dari siri tersebut.

Untuk makluman, filem pertama Fifty Shades of Grey dilancarkan pada 13 Februari 2015, sementara filem kedua, Fifty Shades Darker dilancarkan pada 10 Februari 2017. Fifty Shades Freed, filem ketiga dilancarkan pada 9 Februari 2018.

Di seluruh dunia, siri ini menjana pendapatan lebih dari $ 1,32 bilion menjadikannya francais yang berjaya sepanjang masa.

Terkini

Pakar Bedah Plastik Dedah Punca Jennie Blackpink Terkenal Dalam Kalangan Pesakit

Jennie Blackpink adalah salah satu bintang Kpop yang popular di klinik kecantikan Korea Selatan. Menurut Intep Seleb, perkara ini...

Artikel Berkaitan