Selepas 10 Tahun Kematian, Ibu Amy Winehouse Bakal Ceritakan Kisah Sebenar Dalam Dokumentari

Mesti Baca

Ibu kepada Amy Winehouse bersedia untuk berkongsi kisah mendiang anak perempuannya.

Bersedia Kongsi Kisah Anak Perempuannya

via BBC

Baru-baru ini, BBC mengumumkan bahawa Janis Winehouse akan berkongsi kisah anak perempuannya dalam sebuah dokumentari berjudul Amy Winehouse: 10 Years On yang menandakan ulang tahun ke-10 kematiannya.

“Saya tidak merasakan dunia mengetahui Amy yang sebenarnya, akan saya ceritakan. Saya menanti peluang untuk memberikan pemahaman dan pandangan yang lebih mendalam mengenai Amy yang sebenarnya.”- Janis

Filem ini bakal merangkumi wawancara dengan rakan dan keluarga Winehouse dan mengikuti buku Janis, Loving Amy: A Mother’s Story yang mana dia menulis,

“Saya bimbang jika suatu masa nanti Amy akan berhenti untuk hidup dalam ingatan saya . Saya tidak mahu hari itu datang.”- Janis

Amy Winehouse meninggal dunia pada 23 Julai 2011 disebabkan “keracunan alkohol” ketika berusia 27 tahun. Dokumentari Amy Winehouse: 10 Years On ini bukanlah yang pertama dibuat mengenai penyanyi itu.

Filem berjudul Amy (2015), yang dihasilkan oleh pengarah Asif Kapadia, memenangi Oscar untuk dokumentari terbaik, walaupun bapa kepada penyanyi itu, Mitch menyatakan bahawa filem itu tidak seimbang¬† dan “tercemar.

Anda masih mengingati lagu Rehab dari Amy Winehouse?

Terkini

Justin Bieber Dedah Kesukaran Ketika Awal Perkahwinan Bersama Hailey Baldwin

Justin Bieber membuat pendedahan betapa sukarnya ketika tahun pertama perkahwinannya bersama isteri, Hailey Baldwin. Tahun Yang Sangat Sukar Melalui temubualnya bersama...

Artikel Berkaitan