Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Siti Nurhaliza Hadiahkan Album Baharu Sempena Ulangtahun Ke-25 Dalam Industri

by Khai Azfar
April 1, 2021
42
KONGSIAN
Share on Facebook

1 April 2021, beberapa stesen radio telah mengadakan segmen khas buat penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza bersempena dengan ulangtahun ke-25 di dalam industri.

Legasi Sebagai Hadiah 

Lebih manis, penyanyi yang sedang sarat hamil itu turut menghadiahkan sesuatu yang istimewa pada tarikh ini dengan melancarkan album lagu kanak-kanak berjudul Legasi. Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd telah diterbitkan secara digital dan juga album fizikal.

Bermula hari ini, peminat boleh mendapatkan album penuh yang mempunyai 7 buah lagu dan mempunyai 10 buah track termasuk interlud di seluruh platform digital dan pihak SNP memberikan kepercayaan kepada syarikat Universal Music Sdn. Bhd sebagai pengedar. Manakala album fizikal atau CD pula boleh dilanggan di platform snp.onpay.my atau menerusi Affiliate SNP yang sah.

Sempat Siapkan Video Sebelum Berehat 

Biarpun hanya ‘menunggu masa’, Siti sempat menyiapkan dua buah video sebelum berehat untuk persediaan melahirkan dan berpantang.Difahamkan,video muzik lagu Medley Klasik Siti 1 akan dilancarkan pada jam 9 malam ini di saluran youtube Siti Nurhaliza manakala sebuah lagi video muzik,lagu ciptaan Siti sendiri akan dilancarkan pada April.

Berjudul Anakanda, Siti memilih April bagi dedikasikan pada bulan kelahiran anakanda keduanya kelak. Menurut Siti kepada media, penerbitan album kanak-kanak ini merupakan usahanya bagi melestarikan lagu kanak-kanak klasik supaya terus diingati dan menjadi warisan generasi akan datang.

“Apa yang penting adalah mesej yang kita sampaikan di dalam sesebuah lagu . Anak-anak ini akan cepat belajar dan memahami, justeru dalam lirik lagu kanak-kanak termasuk olahan lirik terbaharu, saya memberikan mesej yang baik serta berguna,’’ ujar penyanyi berusia 42 tahun ini.

Sebagai info, single Medley Klasik Siti 1 merupakan lagu kanak-kanak yang sering dinyanyikan oleh Siti bersama rakan-rakan sewaktu tinggal di berek polis di Kuala Lipis, Pahang. Nostalgia puluhan tahun lalu diabadikan oleh penyanyi ini di dalam sebuah lagu dan berharap agar anakanda Siti Aafiyah mengenal lagu kanak-kanak zaman ibunya dahulu.

[VIDEO] "Anta Permana" Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam Playlist Peribadi Raja Charles III
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dato Seri Siti Nurhalizasiti nurhaliza legasi
https://lomp.at/gut3k
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem