Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Selain Elyana, 4 Selebriti Malaysia Ini Juga Pernah Menghidap Penyakit Kanser

by Aphit J.
April 4, 2021
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Mereka dikenali tetapi mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari kesakitan dan berjuang meneruskan hidup.

Menurut Fakta Malaysia, 5 selebriti ini pernah menghidap penyakit kanser dalam hidup mereka.

Elyana

via Kosmo

Elyana sebelum ini pernah membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Meskipun sel kanser semakin merebak dan menyerang ke bahagian anggota badan lain, namun penyanyi Tak Tercapai Akalmu itu enggan menyerah kalah dengan suratan takdir hidupnya.

Wafa Abdul Kadir

via Astro Awani

Wafa Abdul Kadir merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau pernah berlakon dalam filem Azizah The Legend dan drama Pasukan Gerakan Khas. Wafa disahkan menghidap kanser ovari tahap empat pada April 2015.

Beliau kembali sihat selepas menjalani pembedahan, namun pada awal 2016, beliau berdepan pula dengan kanser peritoneal dan meninggal dunia pada 16 Mac 2019.

Mak Jah

via Kool FM

Kisah pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah pernah viral di media sosial suatu ketika dahulu apabila dia terpaksa menggadai barang kemas untuk menampung kos rawatan penyakit kanser rahim yang dihidapnya.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, doktor telah mengesahkan pelakon tersebut sudah bebas kanser sejak April tahun lalu.

Datuk Lee Chong Wei

via The Star

Sebelum ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah mengesahkan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung peringkat awal dan beliau menjalani rawatan di Taiwan.

Ardell Aryana

via TV3

Sebelum ini pernah heboh di media sosial Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28 yang dikatakan menghidap penyakit kanser tahap 3.

Berita ini mula menjadi buah mulut netizen apabila suaminya Nadzmi Adhwa memaklumkan perkara tersebut melalui satu status di laman Instagram miliknya.

Error happened.
"Foto Botak Bukan Raih Simpati"- Elyana Sindir Netizen Tak Faham Derita Pejuang Kanser
Datuk Lee Chong Weielyanamak jahselebriti penyakit kanserWafa Abdul Kadir
https://lomp.at/evkx7
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara