Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

“Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

by Phic ARMAN
May 11, 2026
4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu berkaitan subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kembali mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, khususnya di platform Threads apabila muncul cadangan daripada sebahagian pengguna yang mahu kerajaan menyemak semula atau menarik pemberian subsidi tersebut daripada golongan T20.

Perbincangan ini tercetus apabila ada suara yang berpendapat bahawa subsidi sepatutnya lebih disasarkan kepada golongan M40 dan B40 sahaja, memandangkan T20 dianggap mempunyai kemampuan kewangan yang lebih kukuh untuk menanggung harga pasaran bahan api tanpa bantuan kerajaan.

Namun begitu, pandangan tersebut segera mengundang reaksi bercampur daripada netizen. Ada yang menyokong pendekatan penyasaran subsidi demi keadilan agihan, dan ada juga yang lantang membantah tindakan “menghukum” semua dalam kategori T20 tanpa melihat realiti sebenar.

Antara luahan yang tular di Threads ialah kenyataan berikut:

“kenapa ramai betul mintak gov tarik balik budi untuk t20.. diorang pun rakyat malaysia jugak. t20 bukan semua gaji puluh ribu anak sorang. yang mintak ni dah la banyak b40, korang str segala bantuan pun dah dapat. Kalau budi tak dapat, sekolah pun korang tak kasi masuk mrsm, jpa pun korang tak kasi, hospital pun korang viralkan bila diorg gi kerajaan, dah apa je kelebihan diorg sebagai warganegara camtu.”

Dalam masa sama, ada juga respon balas daripada golongan yang tidak bersetuju dengan sentimen tersebut. Antara yang turut menjadi perhatian ialah luahan seorang pengguna yang menegaskan:

“T20 semput here..i tekankan i tak halalkan tax sya diguna utk menyara B40 tipu pendapatan sbb nak subsidi..septtnya my tax sebgi stepping stone utk improve hidup,bkn sebgi tukang sara lifestyle diaorg..my tax adalah utk pembangunan infras,sekolah,hospital supya ada kemudahan utk semua warganegara trmasuk sya..i penat belajar & kerja keras utk keluar dri kemiskinan,dihukum pula demi mengenyangkan B40..cukup!”

Perdebatan ini turut berlaku seiring dengan cadangan sebelum ini supaya kerajaan menyemak semula pemberian subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, sebelum ini berpandangan bahawa semakan semula wajar dilaksanakan kerana golongan T20 mempunyai keupayaan kewangan untuk membayar harga pasaran, sekali gus membolehkan lebih banyak peruntukan disalurkan kepada M40 dan B40.

Topik Berkaitan “Rasa Tak Pakai Banyak Pun”- Warganet Dakwa Subsidi BUDI95 Boleh ‘Dicuri’ Jika Tak Semak

Namun begitu, beliau turut menekankan bahawa subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter wajar dikekalkan bagi memastikan rakyat terus mendapat manfaat asas.

Perbincangan ini akhirnya memperlihatkan pertembungan dua sisi pandangan antara keperluan penyasaran subsidi demi kecekapan fiskal, dan rasa tidak puas hati terhadap persepsi bahawa golongan T20 sentiasa dianggap tidak layak menerima sebarang manfaat bantuan kerajaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
budi95
Share1605Tweet1003SendShare

KINI TRENDING

Foto - @@joejnas.wee7 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang

by Nurul A.
September 14, 2026

Pertandingan HYROX yang berlangsung di Beijing, China baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Semasa pertandingan berlangsung, seorang atlet wanita yang berasal...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Sejak Bila TREC Ada DJ Bertudung?”- Video Wanita Main Muzik Cetus Perdebatan Netizen

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kehadiran seorang wanita bertudung yang dilihat bermain muzik di sebuah lokasi hiburan di TREC, Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan perdebatan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Negara Je Merdeka Tapi Otak…”- Perangai Penonton Perarakan Putrajaya Jadi Bualan

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Semangat nak sambut Hari Kebangsaan memang lain macam. Ramai sanggup datang awal ke Putrajaya semata-mata mahu melihat sendiri kemeriahan perarakan...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Foto - @shezlinaa (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan

by Nurul A.
September 7, 2026

Sikap dua wanita warga asing di kawasan parkir KLCC baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Berdasarkan video pendek yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Boost Juice, bendasing, kaca, serpihan blender
Sosial Buzz

Wanita Dakwa Tercekik Bendasing Seperti Kaca Dalam Air Boost- “Bukan Ais Ye”

by Nurul A.
September 10, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita berkongsi pengalaman yang mencemaskan apabila mendakwa terdapat bendasing di dalam minumannya. Dikongsi di...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara