Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Lagi Kejayaan Aina Abdul! Kini Kolaborasi Bersama Trulooks

by Khai Azfar
April 6, 2021
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka nama penyanyi dan komposer, Aina Abdul kini meniti di bibir-bibir peminat dan penggiat industri muzik tanah air.

Kolaborasi Bersama Trulooks 

Manakan tidak, figura berbakat besar ini acap kali menempa pelbagai kejayaan termasuklah dinobatkan sebagai Naib Juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) menerusi lagu Semalam. Terbaru, Aina melakar sejarah peribadinya apabila dilamar oleh sebuah syarikat kosmetik tempatan yang membawa imej premium, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) sebagai rakan kolaborasi.

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina binti Abdul Ghani,28 sebelum bersetuju untuk bekerjasama, dia terlebih dahulu mencuba keberkesanan produk ini.

“Saya merupakan salah seorang pengguna rangkaian skincare Truskin. Dari masa ke semasa, saya mengemas kini perubahan kulit saya. Asalnya kulit saya menghadapi masalah minyak berlebihan menyebabkan kulit cepat naik jerawat yang banyak dan tekstur kulit tak sekata”

“Setelah tiga bulan konsisten dengan Truskin, saya nampak perubahan ketara pada kulit wajah saya. Alhamdulillah. Sebagi seorang penyanyi, kecantikkan dan kesihatan kulit amat saya utamakan,” kata Aina kepada edaran Murai.my

Sikap Aina Faktor Tarikan 

Difahamkan, antara faktor Aina dipilih adalah kerana pelantun Sepi ini mempunyai sikap merendah diri selain tidak dinafikan nama Aina semakin mengharum dalam industri hiburan.

“Jumaat lepas adalah hari indah buat Aina pertama kali Aina berkolaborasi bersama brand skincare, and honestly Aina happy to be part of this project bersama dua wanita yang Aina adore dan respect sangat-sangat! Kak mom dan kak jue! @deeba_bari @__jslah ” kongsi Aina di laman Instagram nya

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Sekadar info, Aina mula menempatkan diri dalam industri sekitar tahun 2010. Sejak itu, pelbagai kejayaan terus dikecapi oleh penyanyi berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini.

Selain memenangi tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, Aina turut memenangi tempat pertama di Golden Voices of PJ, naib juara Mentor Legend 2014, mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014, pemenang Vocalist of the World, Juara The Masked Singer Malaysia 2020 dan terbaru Naib Juara AJL35.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aina Abdul Tampil Sederhana Di Hari Raya, Kini Sambut Lebaran Dengan Kesayangan
aina abdul
https://lomp.at/t1y2h
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem