Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tiada Lagi Mak Cik Petir, Noryati Taib Meninggal Dunia

by Khai Azfar
April 7, 2021
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran, Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai Makcik Petir, 63, yang meninggal dunia, jam 2 pagi, hari ini.

Tiada Lagi Makcik Petir 

Berita sedih itu dikongsi oleh anak saudaranya yang juga pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin menerusi sebuah hantaran di laman Instagram (IG) miliknya.

“Innallilahiwainailaihirojiun”
“Assalamualaikum gais. Dukacita abam nak bagitahu semua mak saudara abam Mak Uda Yati aka Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya jam 2 pagi tadi,” tulisnya.

Peminat Dan Rakan Artis Terkejut

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat dan kenalan artis meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian bintang yang berbakat besar itu. Di kesempatan tersebut, Shahrulezad turut memohon agar semua pihak dapat mendoakan ibu saudara nya yang tercinta ditempatkan di kalangan orang beriman.

“Bagi semua para peminat Mak Uda Yati marilah kita sama sama doakan agar roh beliau dirahmati Allah dihimpunkan beliau di kalangan mereka yang solehin”
“Sudi apalah kira dapat hadiahkan Alfatihah untuk Noryati Taib. Dan semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini. Al fatihah,” tulisnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Shahrulezad Mohameddin (@budakijat)

Pada Februari lalu,Noryati mengejutkan peminat apabila Shahrulezad memaklumkan pelakon itu telah disahkan positif COVID-19. Namun dia disahkan sembuh tidak lama kemudian setelah menjalani kuarantin di sebuah hospital di sini.

Sekadar info, selain gelaran Makcik Petir, Noryati turut dikenali peminat dengan gelaran Makcik Isabella dan Makcik Mary menerusi beberapa drama lakonannya sebelum ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
makcik petirmakcik petir meninggal duniaNoryati Taibnoryati taib meninggal dunia
https://lomp.at/ccgg1
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem