Bersembunyi Di Thailand, Peminat Rindu Keletah Nur Sajat

Terdahulu, Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Mesti Baca

Kehilangan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman,36 akhirnya terjawab selepas dia dipercayai bersembunyi di Thailand bagi mengelakkan dirinya daripada ditahan.

Polis Sahkan Sajat Berada Di Negara Jiran

Memetik laporan Harian Metro, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, usahawan itu kini berada di negara jiran dan telah disahkan oleh pihak polis menerusi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Bagaiamnapun, negara yang dimaksudkan tidak dinyatakan oleh Abdul Hamid.

“Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah,” katanya pada portal akhbar tersebut

Akaun Instagram Sajat Kini Dijaga Oleh Mokkay 

Difahamkan sehingga kini, cara Sajat boleh ‘terlepas’ tidak didedahkan oleh sumber portal berkenaan. Menjengah ke laman Instagram pelantun Makhluk Penggoda itu, kelihatan beberapa hantaran telah dimuatnaik oleh pembantu peribadinya yang dikenali sebagai ‘Mokkay’.

Segelintir daripada mereka mengharapkan agar Sajat pulang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa selain turut rindu akan keletah nya yang menghiburkan di laman Instagram.

Tidak kurang juga segelintir netizen terus bertindak mengecam Sajat berikutan hantarannya yang menimbulkan kontroversi. Terdahulu, Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika malam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan