Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] Iman Troye Bakal Lancar Single Terbaru Ramadhan Ini

by Amirul Fikry
April 10, 2021
212
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi kecil molek Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin. Iman bukan sahaja boleh menyanyi, tapi dia juga seorang model dan instafamous yang berasal dari Rawang, Selangor. Iman Troye mempunyai jumlah pengikut seramai 1.6 juta orang di instagram. Single sulungnya sebelum ini yang berjudul ‘Teman’ telah mendapat sambutan hangat dan jutaan tontonan di Youtube.

Kami di Murai.MY berpeluang menemuramah Iman Troye secara eksklusif tentang beberapa soalan berkaitan dirinya dan single terbaru. Iman Troye juga dalam masa yang sama baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk iklan Shopee Raya. Jom kita tengok apa sahaja temubual kami bersama Iman Troye.

Hanya dalam masa kurang dari 5 bulan, lagu Iman mendapat tontonan lebih daripada 30 juta, apa komen Iman mengenai jumlah tersebut?

“Ok…komen Iman adalah…30 juta views tu sangat-sangat banyak untuk first single Iman, jadi Iman pun adalah orang baru yang masih merangkak dalam industri muzik ni. Iman rasa sangat-sangat terharu kerana dapat sambutan yang macam ni. Jadi, saya nak terima kasih pada yang selalu support saya especially my tulang belakang, family and team and jangan lupa Iman punya next single okay.”

Single seterusnya selepas ‘Teman‘? Rasa tertekan tak sebab lagu Teman dah ada satu benchmark yang tinggi?

“Untuk second single ni, kitaorang memang tak mengharapkan lebih, tapi walau macamana pun, kitorang akan tetap cuba yang terbaik untuk dapat yang lebih baik dan lebih bagus daripada ‘Teman’  sebabnya..yelah…pasti semua orang akan juga mengharapkan lebih kan. Apa-apapun, doa yang terbaik dan..Haha..Ya, tunggu ok my second single akan keluar masa raya nanti. Insyaallah!

Komen Iman bila ada yang meminati gaya fesyen Iman Troye?

“Komen Iman bila orang meminati feseyn Iman, Iman sangat suka sebenarnya sebab memang Iman punya tujuan utama bila Iman post OOTD on instagram memang Iman nak buat outfit idea untuk semua orang. So that, dalam masa Iman post something kat instagram, orang lain pun boleh belajar juga macamana nak cari idea outfit, how to be…you know…up to date dengan fesyen terkini. Iman memang happy and so far Iman memang suka sangat-sangat.”

Iman terfikir tak untuk berduet dengan mana-mana penyanyi?

“Kalau bab berduet ni memang Iman ada planning la, tapi kita tak tau lagi benda ni happen ke tak. Tapi kalau bab siapa tu..hrmm…mungkin Naim Daniel…mungkinnnn…kita tak tau, mungkin Naim Daniel..hahaha..doakann..”

Apa projek terbaru Iman, produk, single atau sebagainya?

“Ok, untuk next projek terbaru Iman adalah Iman akan keluarkan my second single which is lagu raya. Insyaallah akan release masa bulan puasa minggu kedua. Insyaallah dan sekarang ni kitorang pun dah start buat promo n kitorang dah start post dance punya tutorial on tiktok and instagram. So, kalau korang semua nak buat, korang boleh lah joinnn..”

IMAN TROYE

Dalam masa yang sama, Iman juga akan melancarkan produk kosmetik terbarunya yang diberi nama Naly Cosmetic yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sangkut 3 Jam, Gelagat Penumpang Tren Turun Masuk Semak Curi Perhatian- "Tiba Join Kem Jati Diri"

Apa-apapun kami di Murai.MY mendoakan yang terbaik untuk apa sahaja perancangan dan sentiasa menyokong Iman Troye.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
imantroyemuziknalycosmeticpejamcelikharirayashopeesinglekeduatiktok
https://lomp.at/d7p3m
Share85Tweet53SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem