Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Selain Lisa Blackpink, 4 Bintang Korea Ini Pernah Menjadi Mangsa Gangguan Seksual

by Naddy Joe
April 7, 2021
147
KONGSIAN
Share on Facebook

Gangguan seksual adalah salah satu perkara yang paling ditakuti oleh semua orang. Hal ini boleh menyebabkan trauma untuk jangka masa yang panjang.

Beberapa K-Pop idol pernah menjadi mangsa gangguan seksual. Anda ingin tahu siapakah K-Pop idol yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!

Nancy Momoland

Pada Januari 2021, foto Nancy Momoland sedang menukar pakaian telah tersebar di atas talian. Perkara itu dengan segera telah dinafikan oleh agensi Nancy dan mengatakan bahawa foto itu telah diedit.

Foto itu diambil ketika Nancy Momoland menjadi emcee untuk Asia Artist Awards 2019 di Vietnam. Pelaku yang mengambil gambar Nancy secara rahsia merupakan kakitangan agensinya sendiri. Hal itu juga menyebabkan Nancy mengalami deep trauma secara mental.

Lisa Blackpink

Lisa Blackpink dan rakan-rakannya menjalani photoshoot di MQQN Cafe, Bangkok, Thailand pada Januari 2019. Selepas Lisa Blackpink menghabiskan photoshoot, pemilik kafe tersebut menyatakan bahawa dia ingin menjual kerusi yang diduduki oleh artis YG Entertainment.

via Khaosod English

Bukan itu sahaja, pemilik kafe itu juga mahu menjual gelas, sudu, pisau, napkin, dan sisa makanan yang ditinggalkan oleh Lisa Blackpink di atas talian.

Hal ini menyebabkan peminat Lisa bertindak mengecam dan memboikot kafe tersebut kerana menimbulkan gangguan seksual secara lisan.

Goo Hara

Kes gangguan seksual yang dialami oleh bekas ahli kumpulan KARA ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Hal ini kerana bekas teman lelaki Goo Hara mengugut untuk menyebarkan video intim mereka kepada orang ramai. Bukan itu sahaja, Bekas teman lelakinya juga mengugut sejumlah wang dari Goo Hara.

Namun, Goo Hara ditemui mati pleh pembantu rumahnya pada 24 November 2019. Ramai yang menduga bahawa kematian penyanyi kelahiran 1991 ini adalah disebabkan oleh tekanan yang diterima dari teman lelakinya dan juga orang ramai.

Jang Ja Yeon

Salah seorang pelakon drama Boys Over Flowers, didapati membunuh diri pada tahun 2009. Jang Ja Yeon juga menulis surat yang mendedahkan kisah hitam mengenai agensinya di Korea Selatan.

Jang Ja Yeon turut menyebut 31 nama agensi pengurusan tertinggi The Contents Entertainment, agensi tempatnya berlindung, yang melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Pada April 2019, sebuah rakaman suara Jang Ja Yeon tersebar yang mengakui trauma dengan dengan gangguan yang menimpanya, dan juga ugutan lain yang mengejutkannya.

“Dia memanggil saya terlebih dahulu dan menyatakan bahawa mereka akan datang untuk membunuh saya.”- Kata Jang Ja Yeon melalui rakaman yang dirakam lima hari sebelum kematiannya.

https://lomp.at/tuj21
Share59Tweet37SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem