Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Persis Salju Buah Tangan Terbaru Syafinaz Selamat, Akui Rasa Teruja Tapi Seram?

by Phic ARMAN
April 8, 2021
Share on Facebook

Kita sering melihat beliau menjadi juri dalam beberapa program realiti pertandingan nyanyian di Malaysia. Namun jarang sekali kita dapat melihat penyanyi soprano ini menyanyi di pentas, malah lama juga tidak menghasilkan single terbaharu.

Penantian Datuk Syafinaz Selamat yang popular menerusi lagu Ingin Bersamamu akhirnya membuahkan hasil selepas kemunculan single terbaharu. Siapa sangka, tahun ini, kewujudannya dalam industri muzik sudah mencecah 20 tahun.

Katanya, dia bukannya tidak mahu untuk buat single baharu, tetapi kerana kesibukan dan komitmen selaku guru vokal, juri program dan pensyarah beberapa institusi pengajian tinggi membuatkan keinginannya tertangguh.

Persis Salju

Rupanyanya single terbaharu berjudul Persis Salju ciptaan KuSham dan lirik oleh Zaira sudah dirakamkan sejak 10 tahun lalu, dan akhirnya dilancarkan juga.

“Pejam celik tanpa sedar, single Persis Salju sudah 10 tahun terperap. Ikutkan saya merancang mengeluarkan single Persis Salju, tahun lalu.

“Namun, kita diuji pula dengan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, saya harus menunggu masa yang sesuai untuk melancarkannya.

“Jika boleh, saya mahukan masa terbaik dan bersesuaian, apatah lagi, saya tak keluar single baharu selama 20 tahun. Biarlah promosinya boleh diadakan secara menyeluruh,” katanya.

Aku Malu Dengan Peminat

Ketika sesi bertemu media baru-baru ini, wanita berusia 48 tahun itu akui perasaannya kini bercampur baur, seram dan teruja kerana sudah lama tiada single baharu.

“Saya seram memikirkan cabaran dalam dunia muzik hari ini. Saya lihat cara dahulu dan sekarang amat berbeza, saya terpaksa ikut trend muzik sekarang.

“Perasaan teruja pula tentulah tidak mampu di selindung. Saya sudah lama tidak berdiri di atas pentas menyanyikan lagu baharu.

“Saya akui, kadang kala rasa malu apabila kerap berjanji tahun demi tahun. Single Persis Salju umpama membayar janji saya pada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan lagu baharu saya,” katanya kepada media.

View this post on Instagram

A post shared by Syafinaz Selamat (@datuksyafinazofficial)

Untuk info, single berjudul Syyh… merupakan lagu single terakhir Syafinaz sempena album tribute Datuk Ahmad Nawab pada 2001.

https://lomp.at/6o2iv
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Indonesia

PETERPAN Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘The Journey Continues’ Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
April 28, 2026

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, satu gelombang nostalgia baharu kini bersedia untuk...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara