Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Bulan Puasa Tak Lama Lagi, Jom Amalkan 5 Perkara Ini Untuk Meraikan Ramadhan

by Amirul Fikry
April 10, 2021
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai yang berkata bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Namun begitu, tidak semua di antara kita yang benar-benar memahami akan makna bulan keberkatan itu sendiri. Ramai juga di antara kita yang hanya berpuasa kerana ianya adalah tuntutan yang harus kita kerjakan. Namun, tahukah kita akan apakah amalan-amalan yang boleh kita lakukan ketika bulan Ramadhan agar puasa kita menjadi lebih penuh keberkatan dan kita benar-benar dapat merasai nikmatnya berpuasa.

Sama seperti solat, selain membuktikan akan ketaatan, ia juga membawa kepada  kebaikan. Begitu jugalah dengan puasa agar kita lebih bertaqwa dan bersabar. Ia juga adalah perintah wajib yang bukan sebarangan tetapi ia membawa kepada impak yang sangat positif buat semua tanpa mengira agama sebenarnya.

Disini, kami ingin berkongsi dengan pembaca beberapa tips untuk kita meraikan ramadhan dan memuliakan bulan yang penuh keberkatan.

via radippmimesir.com

Melakukan Persediaan Awal

Melakukan persediaan awal seperti membersihkan kawasan persekitaran luar dan dalam kediamanan serta mencantikkannya. Kebiasaannya perkara ini hanya akan dilakukan sebelum kita menyambut Syawal, tapi kenapa tidak bersungguh-sungguh melakukannya untuk menyambut kedatangan Ramadhan?

Membaca Al-Quran

via islamidia.com

Bulan Ramadhan juga adalah sebagai bulan Al-Quran. Jadi, muliakanlah ia dengan membaca Al-Quran dan sebagai persediaan meraikan Ramadhan. Bacalah sebanyak yang mampu agar kita memperoleh lebih keberkatan.

Bersedekah

via binaamal.info

Kita juga diharuskan membuat persediaan awal dalam bentuk wang ringgit agar kita dapat bersedekah dan mungkin juga dapat menjamu orang untuk berbuka puasa. Terlalu banyak fadhilat untuk mereka yang memberi makan kepada orang lain untuk berbuka puasa dan antaranya ialah Allah akan mengampunkan segala dosa-dosanya, mendapat pahala dari orang yang berpuasa dan dimurahkan lagi rezeki orang yang memberi. Jangan juga kita lupa satu lagi kewajipan yang perlu kita lakukan iaitu membayar zakat fitrah sebagai penyucian diri.

Menghadiri Kuliah Dan Tarawih

via kuliahislam.com

Menghadirkan diri dengan kuliah-kuliah berkenaan dengan fadhilat Ramadhan bagi menambahkan lagi ilmu agar kita dapat meraikan Ramadhan dengan lebih sempurna. Melakukan solat sunat tarawih juga adalah satu kelebihan di bulan Ramadhan yang tiada pada bulan-bulan yang lainnya.

Malam Lailatul Qadar

via blogammar.com

Adanya malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan atau 83 tahun yang bermaksud, barangsiapa yang beramal pada malam Lailatul Qadar bermakna dia telah beramal selama 83 tahun. Sekiranya dia membaca Al-Quran pada malam Lailatul Qadar, itu bermakna dia telah mendapat ganjaran pahala seperti membaca Al-Quran selama 83 tahun atau seribu bulan. Andai pula kita solat tahajud pada malam Lailatul Qadar, seolah-olah kita telah bertahajud selama 83 tahun.

Itulah antara tips yang dapat kami kongsikan dengan pembaca setia kami tentang bagaimana mudahnya untuk kita meraikan dan memuliakan bulan Ramadhan agar puasa kita juga mendapat lebih keberkatan.

Marilah sama-sama kita amalkan dan selamat menyambut Ramadhan. Nikmatnya Ramadhan!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/qeing
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem