Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

‘Saya Tak Naik Kapal Untuk Suka-Suka”- Datin Alyah Kecewa Dituduh Rentas Negeri

by Khai Azfar
April 8, 2021
126
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Datin Alyah menerusi laman Instagram nya meluahkan rasa kecewa selepas dituduh merentas negeri ke Pulau Langkawi untuk bercuti.

Alyah Dikecam

Dedah Alyah dia menerima pelbagai DM kecaman dari pengikut yang tidak dikenalinya yang mendakwa dia sengaja berbuat demikian. Menurut isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini tujuannya ke pulau peranginan itu bertujuan melakukan video klip lagu terbarunya.

“Assalam sejak saya berada di Langkawi ni, macam-macam DM yang saya terima contoh DM seperti di atas. Itu belum nombor yang tak kenal dengan tiada salam terus maki hamun saya persoal itu ini pasal SOP. Saya masih seorang penyanyi dan saya bekerja di bawah record saya sendiri.

Sebagai peniaga musik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan peniagaan ini berterusan. Peniagaan musik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja. Tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual juga” tulis Alyah

Jalani Penggambaran

Menafikan dirinya dilihat bersiar-siar di atas sebuah kapal, tegas pelantun Kisah Hati ini lokasi yang dimaksudkan oleh netizen tersebut juga merupakan sebahagian daripada penggambarannya selain turut berkongsi foto surat kebenaran merentas negeri yang diberikan oleh pihak polis.

“Pihak saya dan team like music SDN BHD ke Langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan MV terbaru saya Thank You Allah. Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya betul ia terjadi tapi kesemuanya atas pemintaan bagi menyiapkan MV terbaru saya ya”

“Saya tak naik kapal untuk suka-suka. Dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar-tukar baju fesyen Sebelum saya dan team ke Langkawi, kami sedaya upaya menyediakan segala dokumen perjalanan juga surat kebenaran dari pihak berkuasa. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf” katanya lagi

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Alyah turut terkejut dengan komen tersebut dan mengharapkan agar penyanyi ini dapat menyiapkan MV tersebut dengan jayanya.

[VIDEO] Reaksi Anak Kesayangan Tok Ram Dengar Datin Alyah Menyanyi, Curi Perhatian Ramai!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Datin Alyah
https://lomp.at/u96lg
Share50Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem