Gaya rambut signature Puteri Diana adalah satu keputusan yang tepat.
Momen Yang Tidak Dapat Dilupakan Bersama Puteri Diana
Sam McKnight, merupakan personal stylist kepada Puteri Diana dari tahun 1990 sehingga kematiannya pada tahun 1997 pada usia 36 tahun bercerita mengenai momen yang tidak dapat dilupakan bersama Puteri Diana.
via British Vogue
“Kali pertama saya bertemu dengan Puteri Diana adalah sewaktu melakukan penggambaran. Rambutnya yang perang, tersenyum dan membuat kita semua akan cair, itulah Puteri Diana.”- Sam McKnight
Sam McKnight dan Puteri Diana
Sam McKnight turut mengimbas kembali momen indahnya bersama Puteri Diana ketika mereka bekerjasama untuk British Vogue.
“Saya membuat rambutnya kelihatan pendek di bawah tiara.”-Sam McKnight
via British Vogue
Ketika selesai photoshoot, Puteri Diana bertanyakan pada Sam McKnight bagaimana dia akan menata rias rambutnya jika dia membiarkan Sam McKnight melakukan apa sahaja yang dia mahukan.
“Saya akan memotong semuanya dan memulakannya lagi.”- Sam McKnight
via British Vogue
Ketika itulah jawapan Puteri Diana mengejutkannya,
“Baiklah, mengapa awak tidak memotongnya sekarang?”- Puteri Diana
via Vogue
Sam McKnight turut menyatakan selepas mendengar jawapan yang keluar dari mulut Puteri Diana, dia terus memotong rambut Puteri Diana.
“Oleh itu, saya memotong rambutnya dan kami tidak lagi toleh ke belakang.”-Sam McKnight
Mengambil langkah selamat dan profesional, penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden yang didakwa berlaku...
Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan...
Pelakon, Ummi Nazeera kembali menghiburkan peminat di media sosial dengan perangai 'random' selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...