Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Menarik! 5 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Gombak Dalam Sehari

by Aphit J.
April 11, 2021
via NST

via NST

Share on Facebook

Daerah Gombak merupakan sebuah sempadan bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang. Di sini terdapat pelbagai tempat menarik yang dapat anda lawati pada suatu hari kelak.

Bagi anda yang bercadang untuk melawat daerah ini, Tourism Selangor ada mengesyorkan senarai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di Gombak.

Terokai Air Terjun Kanching Yang Menakjubkan

via Jom Jalan

Bagi yang sukakan alam semulajadi, anda boleh pergi ke air terjun tujuh tingkat di Taman Eko Rimba Kanching.

Tetapi sebelum itu, pastikan anda mengambil sarapan di Restoran Teratak Nogori untuk mendapatkan tenaga untuk digunakan pada perjalanan seterusnya.

Lawatan Safari Ke Zoo Negara

via NST

Zoo Negara di Daerah Gombak adalah zoo yang terkenal yang mesti anda sertakan dalam jadual perjalanan anda!

Menurut Tourism Selangor, terdapat lebih daripada 5173 spesimen yang terdiri daripada 476 spesis haiwan yang boleh anda saksikan di sana. Setelah selesai, barulah anda menikmati makan tengah hari di Coca Seafood Restaurant.

Rasai Debaran Adrenalin Di Gua Damai Extreme Park

via Emily

Sebelum meneruskan aktiviti anda, mungkin boleh berjalan-jalan sebentar di sekitar Batu Caves. Selepas itu barulah meneruskan pendakian batu di Gua Damai Extreme Park yang terletak sangat dekat dengan Batu Caves.

Bersiar-siar Si Sekitar Muzium Orang Asli

via MNY Homestay

Sekiranya anda ingin belajar mengenai sejarah Daerah Gombak, Muzium Orang Asli pasti menepati keinginan anda. Anda boleh bersiar-siar di sekitar Muzium ini untuk mengetahui sejarah dan menyaksikan artifak kuno Orang Asli yang menetap di sini.

Setelah perjalanan panjang di Daerah Gombak, anda mungkin ingin berehat sebentar dan mengembalikan tenaga anda. Oleh itu, pastikan anda singgah ke Mel’s Corner untuk merasai Durian Cendol yang paling sedap!

Tahun Melawat Selangor 2025 Dilancarkan di Shanghai, Sasar Tarik Lebih Ramai Pelancong China

Makan Malam Di Wira Seafood Ikan Bakar

via Mira Blogspot

Sebelum anda teruskan dengan makan malam, apa kata anda singgah bersiar-siar sebentar di Melawati Mall untuk window shopping. Untuk makan malam, Tourism Selangor mencadangkan anda menjamu selera di Restoran Makanan Laut Ikan Bakar yang terkenal di Taman Sri Gombak!

Gombak sememangnya dikenali sebagai daerah yang terkenal dan luar biasa di Negeri Selangor. Namakan sahaja, semua yang anda cari untuk memenuhi perjalanan anda ada terdapat di sini!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Daerah GombakThings to do in Gombaktourism selangor
https://lomp.at/h7k7p
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara