Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Semakin Suspen! 4 Watak Ini Menjadi Misteri Dalam K-Drama Mouse

by Naddy Joe
April 12, 2021
88
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika drama Korea tvN, Mouse telah memasuki separuh kedua tayangannya yang mendebarkan, drama ini telah berjaya membuatkan penonton dipenuhi dengan pelbagai persoalan berbanding jawapan.

Dalam episode terkini drama Mouse, empat watak ini telah muncul sebagai misteri yang belum dapat diselesaikan. Siapakah watak yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!

Figura Misteri Yang Menyerang Go Moo Chi

Pada akhir episod 11, Go Moo Chi dalam perjalanan untuk melindungi Oh Bong Yi dari Kang Deok Soo, dan secara tidak sengaja mengalami kemalangan kereta.

Ketika dia melangkah keluar dari keretanya untuk memeriksa kerosakan, seorang individu yang tidak menunjukkan wajahnya telah menyerang detektif tersebut dari belakang.

Walaupun penyerang misteri itu tidak menunjukkan wajahnya, Go Moo Chi melihat terdapat tatu pada tangan lelaki yang menyerang, yang menjadi satu-satunya petunjuk identiti penyerang.

Makcik Kepada Jung Ba Reum

via NAVER

Makcik kepada Jung Ba Reum (Kang Mal Geum) adalah wajah tidak asing lagi kerana beliau yang telah menjaga Jung Ba Reum , yang kehilangan ibubapanya akibat kemalangan.

Sewaktu Jung Ba Reum menderita kehilangan ingatan selepas pembedahan, ibu saudaranya telah memainkan peranan penting untuk membantunya pulih dan mula mengingati segala-galanya tentang dirinya.

Namun, dalam episod terbaru drama ini, beberapa kenyataan mula terungkap yang mula menimbulkan kecurigaan terhadap makciknya itu.

Jung Ba Reum tidak mengingati Hoon Seok, anak saudara yang tinggal bersama makciknya. Selain itu, ibu saudaranya juga ternyata tinggal di alamat yang berbeza dengan alamat yang dia berikan kepada Jung Ba Reum, yang menimbulkan terdapat rahsia lain yang telah disembunyikan.

Lee Min Soo

via NAVER

Detektif Lee Min Soo (Kim Min Soo) juga muncul sebagai watak yang sangat misteri dalam episod Mouse baru-baru ini.

Sewaktu Go Moo Chi dikurung, ibu kepada Kang Deok Soo memberikan surat pernyataan kepada Shin Sang yang membuktikan bahawa Go Moo Chi tidak bersalah. Shin Sang, yang sedang terburu-buru telah menyerahkan surat pernyataan itu kepada Lee Min Soo. Tetapi setelah beliau melihat surat pernyataan tersebut, Lee Min Soo telah melakukan tindakan yang tidak dijangka.

Daniel Lee

via NAVER

Antara plot twist yang paling mengejutkan dalam episod 11 adalah ketika Daniel Lee (Jo Jae Yoon), yang sebelum ini dipercayai oleh penonton telah dibunuh oleh Sung Yo Han ternyata masih hidup.

Perkara yang mengejutkan mengenai Daniel Lee adalah dia dilihat seperti mengetahui segala-galanya mengenai pembedahan otak Jung Ba Reum, dan kesan-kesan yang dialami selepas pembedahan.

Daniel Lee turut memberi amaran kepada Jung Ba Reum bahawa dorongannya untuk membunuh akan bertambah kuat dari masa ke masa. Para penonton akan tertanya-tanya bagaimana Daniel Lee “kembali hidup”.

Tak sabar nak tahu bagaimana pengakhiran jalan cerita K-Drama Mouse ni…

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/3sl62
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem