Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Ibu Sampai Rebah! Netizen Sebak Lihat Pengasas Seri Lady Buat Kejutan

by Khai Azfar
April 12, 2021
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak semalam, di laman Twitter tular mengenai pengasas produk kosmetik Seri Lady, Juzailah Shariff bersama ibunya yang tercinta.

Buat Kejutan, Ibu Rebah

Dalam video yang tular itu, Juzailah telah membuat kejutan dengan membelikan ibunya sebuah banglo.Namun keterujaan dalam membuat kejutan menjadi sebaliknya apabila ibu Juzailah secara tiba-tiba rebah hampir sekaligus mencetuskan panik pada ahli keluarga usahawan itu.

“Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik!”

“Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah”

“Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan mcm mana berderau ada saya!”

“Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik itu” tulis Juzailah

Terlalu Terkejut

View this post on Instagram

A post shared by Juzailah Shariff (@juzailahshariff)

Jelas Juzailah, punca ibunya rebah secara tiba-tiba adalah kerana terlalu terkejut dengan pemberian tersebut. Menurut ibunya, dia sudah selesa dengan rumah yang sedia ada kerana mempunyai pelbagai kemudahan dan kenangan tersendiri. Tambah Juzailah lagi, ini merupakan masa yang sesuai untuk dia dan adik-beradik yang lain membalas jasa ibu mereka apatah lagi dapat menjalani kehidupan bersama-sama semula.

“Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi smp nak rebah lemah tadi? Ummi jawab “bersyukur sgt pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dkt anak-anak ummi, dpt menumpang hidup duduk rumah selesa”

“Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dekat flat sebab ramai kawan-kawan, senang nak gi terawih dan mengaji”

“Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah itu terlalu banyak memori dan kenangan.”

“Cuma skrg ummi dah berusia dan kesihatan x seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dgn kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama2 selepas ini..” katanya lagi

Dalam pada itu, menjengah kepada ciapan di laman Twitter mendapati video tersebut telah mendapat oleh lebih dari 300 ribu tontonan.

https://twitter.com/IsskndarAriffin/status/1381154597842997254?s=08

Manakala ia turut diulangkicau sebanyak 14 ribu pengguna selain disukai (like) oleh 19 ribu pengguna yang lain. Rata-rata daripada pengguna laman Twitter meluahkan rasa sebak melihat kejutan tersebut selain mengharapkan agar dapat berbuat perkara yang hampir sama kepada kedua ibu-bapa mereka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
pengasas produk kosmetik Seri Lady
https://lomp.at/i6fan
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem