Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Selain Lagu, K-Clique Bakal Mempunyai ‘Streetwear’ Bersama Todak?

by Khai Azfar
April 12, 2021
Share on Facebook

Kumpulan hip hop Malaysia yang dianggotai oleh lapan orang anak muda dari Kota Kinabalu Sabah ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Saban tahun ada sahaja kejayaan yang dicipta oleh K-Clique.

Jalin Kerjasama Dengan Todak 

Terbaru, kumpulan popular ini mencipta sejarah apabila menjalin kerjasama dengan syarikat jenama tempatan yang semakin meningkat naik iaitu Todak.

Difahamkan, antara mengapa K-Clique dipiih oleh Todak adalah kerana fenomena luar biasa yang dicetuskan kumpulan yang dianggotai oleh MK, Noki, Tuju, SoMean, K-Deaf, FareedPF, G-Nello dan NastyNas ini.

‘Streetwear’ Bakal Dilancarkan

Dengan kerjasama ini,tidak lama lagi peminat bakal melihat koleksi ‘Streetwear’ yang bakal dilancarkan di butik cawangannya di SS15 Subang Jaya dan K-Clique juga akan bekerjasama dengan Todak Music dalam menerbitkan lagu terbaru untuk tahun ini termasuklah penghasilan muzik video.

“Pembikinan lagu dan muzik video ini seiring dengan revolusi yang ingin dibawa oleh Todak menerusi kepelbagaian platfom penstriman digital.Ini bakal dilihat melalui gabungan kolaborasi idea kreatif dari kedua pihak dalam membawa impak besar kepada industri penjenamaan produk tempatan sekaligus membawa jenama Todak ke peringkat global dengan lebih efektif”

“Kita dah melalui pelbagai perbincangan sejak dari tahun lepas namun terhenti akibat dari kesan Pandemik Covid -19. Kita mensasarkan suku ketiga ( July 2021 ) tahun ini bakal membawa fenomena baru buat peminat Todak dan juga K- Clique” kara Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music, Ikmal Fareeq dalam kenyataan media kepada Murai.my

Sekadar info, Jenama Todak menaungi beberapa anak syarikat yang memberi fokus yang berlainan seperti Todak Culture (Produk), Todak Studios (Pembangunan Permainan), Todak Fusion (Hiburan dan Pengurusan Acara) dan Todak Academy (Pembelajaran Kontemporari). Beberapa selebriti ternama turut bernaung di bawah label ini antaranya Shiha Zikir, Fadh Majid, Razak A’ai dan Dina Nas.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
K-Cliquek-clique todakTodakTodak Music
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara