Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Cantiknya! 5 Selebriti Tanahair Ini Muatnaik Gambar Bertudung Menyambut Ramadan

by Zaidin Albert
April 13, 2021
132
KONGSIAN
Share on Facebook

Bulan yang dinantikannya dalam setahun akhirnya telah tiba. Bulan Ramadhan yang dipercaya penuh keberkatan ini juga akan memberikan keajaiban bagi masing-masing individu setiap harinya. Begitu juga untuk 5 selebriti di bawah ini. Nampaknya pada hari pertama bulan Ramadhan mereka tampil dengan imej berbeza. Adakah mereka mahu berhijrah memakai tudung?

1. Amylea Azizan

Penyanyi dan komposer terkenal, Amylea Azizan dilihat mengenakan tudung pada video terbarunya di Instagram. Dengan kapsyen “Ramadan Love”, penampilan bertudung penyanyi berusia 34 tahun ini dipuji peminatnya. Memang cantik kan?

https://www.instagram.com/p/CNlrFt5J0UY/

2. Elyana

Foto: Instagram @elyanaofficial1

Penyanyi dan pelakon Elyana juga terlihat mengenakan hijab ketika menyambut hari pertama bulan Ramadan. Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal kini menjalani rawatan untuk kanser limfoma Peringkat 4. Dalam muatnaik foto dengan mengenakan tudung berwarna hijau terang, Elyana memohon doa dari pengikutnya untuk terus kuat berpuasa.

“Selamat menjalani ibadah puasa..
Doakan saya kuat untuk berpuasa..
Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.
Salam Ramadhan”- tulisnya

3. Sherry Al-Hadad

Foto: Instagram @shery_alhadad

Pengacara dan pelakon ini pernah tular kerana tersasul menyebut Ramadan menjadi Marhaban ketika siaran langsung Muzik-muzik tahun lalu. Tahun ini, Sherry juga tidak ketinggalan mengucapkan salam Ramadan kepada peminat sambil mengenakan tudung.

“Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan.”- tulisnya di ruangan kapsyen.

4. Scha Alyahya

Foto: Instagram Scha ALyahya

Nampaknya wajah pelakon dan pengacara ini semakin berseri-seri selepas melahirkan cahaya mata kedua. Di akaun instagramnya, Scha Alyahya, ini juga terlihat begitu jelita mengenakan tudung sambil mengucapkan salam Ramadan kepada peminatnya.

“Semoga puasa, ibadah serta amal kebaikan kita semua diterima Allah SWT .
Semoga dosa dosa kita juga diampuniNya.
Semoga doa dan hajat kita juga dimakbulkan olehNya , Allah yang Maha Esa.
Selamat Berpuasa semua, Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan”

5. Datuk Sheila Majid

Penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua umat Islam menerusi sebuah video ucapan yang dimuatnaik di Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by missmajid (@missmajid)

“Selamat menikmati bulan Ramadan & selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua amalan kita diterima Allah SWT. Jika ada salah & silap,mohon ampun dan maaf dari kami”- tulisnya

Sambil mengenakan tudung berwarna merah, ternyata tiada langsung terpampang garis usia di wajah ratu jazz negara itu. Di usia 56 tahun, Sheila  tampil jelita dan anggun. Apa rahsia ya?

Murai MY mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Semoga kita sama-sama menghayati Ramadhan tahun ini dengan penuh keikhlasan hanya kerana Allah s.w.t. dengan mengharapkan keampunan-Nya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Anak Sheila Majid Selamat Bertunang, Rakan Selebriti Banjiri Ruangan Komen!
Amylea AzizanelyanaFesyen Tudunghari rayaScha Alyahyasheila majidSherry Alhadad
https://lomp.at/sl7u0
Share53Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem