Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

CL Tertekan Kerana Disuruh Melakukan Pembedahan Plastik

by Naddy Joe
April 20, 2021
19
KONGSIAN
Share on Facebook

CL atau nama sebenarnya Lee Chae Rin menceritakan mengenai tekanan yang dihadapinya apabila harus melakukan pembedahan plastik, terutama pada kelopak mata.

Menggambarkan Diri Seperti Topeng

Melalui wawancaranya bersama majalah Allure Korea, CL menggambarkan dirinya sebagai topeng yang mempunyai sikap dan karakter.

“CL seperti topeng, tetapi Bersama sikap dan karakter. Itu perisai bagi saya”-CL

Disuruh Untuk Menjalani Pembedahan Plastik

via Allure

Dalam wawancaranya Bersama majalah Allure, CL turut menyatakan tekanan yang dihadapinya dalam industri hiburan. Rapper yang dilahirkan pada tahun 1991 itu menyatakan bahawa dia diberitahu untuk melakukan pembedahan kelopak mata untuk menyesuaikan diri dengan standar kecantikan sekelilingnya.

“Dahulu, setiap orang yang mempunyai double eyelids, itulah trend kecantikan. Saya juga ingin menyatakan bahawa saya sedih  dan marah. Mengapa semua orang ini memberitahu saya bagaimana penampilan saya?”- CL

CL Enggan Menjalani Pembedahan Kelopak Mata

Walaubagaimanapun, CL atau nama sebenarnya Lee Chae Rin ini menolak untuk melakukan pembedahan kelopak mata agar sesuai dengan standard kecantikan di sekelilingnya. Penyanyi lagu The Baddest Female ini menyatakan bahawa kecantikan adalah hak peribadi yang tidak boleh dipaksa.

“Anda benar-benar harus menyatakan kepada diri anda bahawa anda cantik dengan cara anda. Sekiranya anda ingin bersenam atau memakai solekan atau melakukan pembedahan plastik seluruh badan, itu terpulang kepada anda. Dan saya memastikan bahawa saya sentiasa mengingatkan diri saya tentang perkara itu.”- CL

CL memulakan tempoh pelatih di YG Entertainment pada usia 15 tahun. Kemudian, pada usia 18 tahun, dia memulakan debutnya dengan kumpulan 2NE1 pada tahun 2009 dengan debut single mereka, Fire, sehingga mereka membuat keputusan untuk bubar pada tahun 2016.

Pada November 2019, CL meninggalkan YG Entertainment dan memberi tumpuan untuk karier solonya sebagai penyanyi dan penulis lagu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
https://lomp.at/jybfl
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem