• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Awie Ubati Kerinduan Peminat, Adakan Showcase Khas Ramadan

by Khai Azfar
April 20, 2021
Share on Facebook

Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie kembali mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan.

Berlangsung 2 Hari 

Anjuran Awie Entertainment dengan kerjasama HS Shazliciious Trading itu bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 30 April bertempat di Hotel Lacrista, Melaka yang akan diringi oleh pemuzik undangan. Sementara bagi acara di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada tanggal 1 Mei,Awie akan muncul bersama-sama Wings (Showcase Wings Raikan Ramadan) untuk menghiburkan peminat mereka.

Difahamkan, bagi mengambil keberkatan bulan suci Ramadan, Awie akan mendendangkan beberapa buah lagu yang berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian. Sementara bagi membangkitkan suasana hari raya, persembahan selama satu jam setengah itu juga akan dimeriahkan dengan rangkaian lagu-lagu raya terbaik.

Biarpun begitu, Awie juga tidak akan ketinggalan membawakan lagu-lagu solonya serta lagu popular Wings yang akan dimulakan kira-kira jam 9.30 malam selepas solat terawih. Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,jumlah penonton untuk menyaksikan persembahan selama dua itu juga terpaksa dihadkan.

Persembahan di Hotel Lacrista, Melaka hanya menawarkan sebanyak 25 buah meja dengan kira-kira 200 penonton, manakala Hotel Premiera, Kuala Lumpur dapat memuatkan 400 penonton dengan 50 meja. Dalam pada itu,menurut Awie kepada media dia akan memberikan persembahan yang santai dan menenangkan khas buat peminatnya.

“Saya akan menampilkan persembahan yang paling santai dan sedap di halwa telinga pendengar. Peminat datang untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil menonton persembahan, jadi mereka tentunya mahukan muzik yang boleh memberikan ketenangan, bukannya muzik yang boleh membingitkan telinga”

“Untuk persembahan di Kuala Lumpur nanti, saya bersama-sama dengan anggota Wings akan tampil secara akustik. Mengenai gimik atau keistimewaan lain pada dua malam berkenaan, kenalah tunggu sehingga malam itu,” katanya.

Terkesan Dengan PKP

Akuinya, keputusan untuk mengadakan showcase selama dua hari memang dilakukan dalam tempoh yang singkat.Jelas penyanyi yang juga pelakon ini, rata-rata penggiat seni antara golongan yang terjejas teruk berikutan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sejak setahun yang lalu. Namun mereka tidak boleh berputus asa sebaliknya perlu terus bekerja kerana mempunyai ahli keluarga yang perlu ditanggung.

“Sebenarnya saya memegang prinsip hidup harus diteruskan. Kami dah ditentukan Allah untuk menjadi pemuzik, penyanyi dan penghibur. Jadi, mahu atau tidak, kami perlu bekerja. Melalui penganjuran showcase ini sekurang-kurangnya dapatlah kami membantu pemuzik, pengurus acara dan mereka yang terbabit dalam industri ini secara tidak langsung.”

“Memang tidak dinafikan, pendapatan kami terjejas dengan teruk dalam tempoh pandemik ini. Biarpun kita lihat angka jangkitan yang tidak menentu tetapi persembahan tetap perlu diteruskan tetapi mengikut SOP yang ditetapkan, asalkan tidak menyalahi undang-undang.

“Kami perlu terus bekerja, jika hendak diikutkan rasa takut sampai bila-bila kami tidak boleh bekerja. Apa yang penting setiap orang yang terlibat perlu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan mengikut SOP,” kata Awie lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai Showcase hubungi HS Shazlicious di 019-7695588, Hotel Premiera di 03-26151000, Hotel La Crista 06-2816868 atau Zul Sayap Sayap Wings di 0102480106.

awieShowcase Awie
https://lomp.at/wwvus
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

by Khai Azfar
December 1, 2017

Ada peminat karaoke di sini? Jika ya, apakah judul lagu yang sering anda nyanyikan di pusat karaoke tersebut? Tahukah anda...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore