Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Hebat! Rosé Blackpink Kini Menjadi Duta Global Jenama Perhiasan Mewah

Dia turut menyertai dengan barisan selebriti hebat seperti Lupita Nyong'o dan Elle Fanning

by Naddy Joe
April 22, 2021
58
KONGSIAN
Share on Facebook

Rosé Blackpink kini menjadi duta jenama mewah Tiffany & Co.

Menjadi Duta Global Jenama Tiffany & Co

Superstar K-Pop ini melangkah ke status ikon fesyen setelah diumumkan menjadi duta global untuk jenama mewah Tiffany & Co pada 21 April. Dia turut menyertai dengan barisan selebriti hebat seperti Lupita Nyong’o, Elle Fanning, dan aktor-pemuzik China, Jackson Yee.

via Tiffany & Co

“Saya memakai perhiasan Tiffany semenjak berada di sekolah menengah. Untuk menjadi sebahagian daripada jenama ikonik yang telah lama menjadi sebahagian daripada hidup saya telah menjadikannya lebih istimewa untuk saya. Saya berasa sangat teruja.”- Rosé

Luah Rasa Teruja Di Instagram

Rosé turut meluahkan rasa terujanya di Instagram setelah diumumkan menjadi duta global Tiffany & Co.

“Saya sangat teruja untuk mengumumkan kepada anda bahawa saya secara rasmi telah menyertai keluarga Tiffany & Co dan barisan perhiasannya yang sangat menakjubkan. Tiffany & Co sentiasa menjadi jenama perhiasan ikonik  dan saya sangat berbangga dapat bekerjasama dengan mereka. Ini adalah impian yang menjadi kenyataan.”- Rosé

View this post on Instagram

A post shared by ROSÉ (@roses_are_rosie)

New York Bandar Kegemaran Rosé

Penyanyi Korea yang dilahirkan di New Zealand dan dibesarkan di Australia ini memperagakan rantai emas 18 Karat dan berlian pavé. Menurut Tatler, bermula pada Mei ini, iklan superstar antarabangsa ini akan berada di kedai-kedai utama Tiffany & Co di New York, yang kebetulannya menjadi bandar kegemaran Rosé.

“Ketika saya melawat New York buat pertama kalinya, saya benar-benar teruja dengan bangunan-bangunan yang tinggi dan jalannya yang sibuk. Saya tidak menyedari bahawa semua filem kegemaran saya berpusat di New York sehinggalah saya berada di sana. Itu adalah bandar yang saya cinta dalam filem.”- Rosé

Tahniah Rosé menjadi duta global jenama mewah Tiffany & Co!

https://lomp.at/01zv9
Share23Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem