Meraikan majlis ulang tahun kelahiran Babita Kapoor yang ke-74, adik beradik bintang Bollywood, Kareena Kapoor dan Karisma Kapoor telah kongsi foto ibu mereka dengan caption menarik di media sosial.
Titip Ucapan Hari Jadi Buat Ibu Mereka
Kareena Kapoor turut mengucapkan ucapan hari jadi pada ibunya di Instagram dan menyatakan bahawa dia dan Lolo akan sentiasa menyusahkan ibunya selama-lamanya.
“Selamat hari jadi untuk kekuatan kami, dunia kami , ibu saya. Lolo dan saya sudah semestinya akan menyusahkan anda selamanya.”- Kareena Kapoor
Kakak kepada Kareena, Karisma Kapoor turut memberikan ucapan hari jadi kepada ibu mereka.
“Selamat hari jadi kepada mama kami. Kami menyayangi anda lebih dari perkataan yang dapat digambarkan. Keep rocking!”-Karisma Kapoor
Kongsi Foto Ibu Mereka Sewaktu Muda
Bersempena hari jadi ibu mereka, Kareena Kapoor dan Karisma Kapoor telah kongsi foto dan video ibu mereka sewaktu masih muda. Tidak hairanlah jika mereka kelihatan cantik kerana ibunya juga kelihatan sangat menawan suatu ketika dahulu..
Patutlaa Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor cantik, ibu diorang pun cantik sangat!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.