Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Jom Kenali Nora Al Matrooshi! Angkasawan Wanita Pertama Dari Arab

by Aphit J.
April 25, 2021
via Gulf Today

via Gulf Today

17
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, wakil Presiden dan Perdana Menteri UAE dan penguasa Dubai, Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, telah mengumumkan dua angkasawan UAE yang baru iaitu Nora Al Matrooshi dan Mohammed Al Mulla. Nora Al Matrooshi yang berumur 28 tahun bakal bergelar angkasawan Arab wanita pertama dan yang ke 66 di dunia.

Menurut halaman Vogue Arab, berikut adalah 5 perkara yang perlu detahui mengenai Nora Al Matrooshi.

Baru Berumur 28 Tahun

via Twitter

Al Matrooshi dilahirkan pada tahun 1993 di Sharjah. Dia mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Universiti Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2015.

Dia juga merupakan seorang yang cemerlang dalam matematik dan kejuruteraan dengan menduduki tempat pertama di 2011 International Mathematical Olympiad.

Dipilih Dari 4000 Orang Calon

via Twitter

Menurut halaman Vogue Arab,  Al Matrooshi dipilih dari lebih 4,000 calon untuk dilatih untuk misi penerokaan angkasa akan datang. Dia akan mengikuti Kelas Calon Angkasawan 2021 NASA di Amerika Syarikat.

Seorang Jurutera

via CNN

Al Matrooshi  adalah ahli The American Society of Mechanical Engineers dan kini bekerja sebagai jurutera di National Petroleum Construction Company. Selain itu juga dia adalah salah seorang yang bertanggungjawab menguruskan projek untuk Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi.

Mewakili Persidangan Belia Antarabangsa PBB

via Gulf Today

Cintanya dalam ruang angkasa dapat dilihat pada usia muda. Dia sering menghadiri program yang berunsurkan angkasa semenjak dari sekolah. Selain itu dia pernah mewakili UAE di Persidangan Belia Antarabangsa PBB pada tahun 2018 dan 2019.

Dipilih Duta Belia UAE 2013 Di Korea Selatan

via Menafin

Menurut halaman Vogue Arab, pada tahun 2013 merupakan salah satu pencapaian terbaiknya apabila dipilih sebagai salah seorang calon untuk Program Duta Belia UAE 2013 yang diadakan di Korea Selatan.

Jelas sekali menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang angkasa lepas telah membawa Nora Al Matrooshi mencapai cita-cita yang diimpikannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Angkasawan UAEAngkasawan Wanitaangkasawan wanita pertama ArabNora Al Matrooshi
https://lomp.at/034le
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem