Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Kulit Halus Mulus! Inilah Rahsia Penjagaan Wajah Enzy Storia

by Amirul Fikry
May 1, 2021
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Memang sudah menjadi impian setiap gadis untuk sentiasa kelihatan cantik. Tidak terkecuali juga untuk si cantik manis, Enzy Storia yang merupakan seorang model, pelakon dan juga penyampai di Indonesia.

Enzy Storia Leovarisa atau lebih dikenali sebagai Enzy Storia adalah anak kelahiran Jakarta, Indonesia yang dilahirkan pada 10 Ogos 1992. Setelah banyak menerima permintaan dari peminat untuk berkongsi tentang rahsia kejelitaan kulit wajahnya, Enzy sama sekali tidak lokek untuk berkongsi rahsia rutin penjagaan kulitnya di akaun youtube Ayudia Bing Slamet.

Mesti pembaca Murai.My juga ingin tahu rahsia perawatan kulit gadis ayu kacukan Indonesia Poland ini bukan? Jom kita tengok bagaimana Enzy menjaga kulitnya dari saat dia bangun tidur hingga malam!

via matalelaki.com

1. Pembersih Wajah

Ketika bangun dari tidur, Enzy akan membersihkan mukanya dengan 2 jenis facial wash. Jenama yang digunakannya adalah Hada Labo Dan Senka. Menurut Enzy, dia akan membersihkan wajahnya dengan facial wash Hada Labo kemudian Senka.

2. Miscellar Water

Setelah selesai membersihkan wajah, Enzy yang mula terkenal dalam filem ‘Republik Twitter‘ ini kemudiannya menggunakan miscellar water dari jenama Bioderma. Miscellar water dikatakan dapat menghilangkan semua kesan solekan dan kotoran pada kulit wajah tanpa merosakkan kulit dan dapat mengekalkan kelembapan kulit hanya dalam satu langkah.

3. Beauty Water

Produk yang satu ini diperbuat dengan kandungan yang terdiri daripada pembersih, toner dan exfoliator yang dapat menjadikan penjagaan kulit wajah lebih praktikal. Untuk beauty water, penyampai Tonight Show ini memilih jenama dari Son & Park, produk keluaran dari Korea.

4. Day Cream (Krim Siang)

Setelah selesai, langkah seterusnya Enzy menggunakan krim siang dari jenama Shiseido.  Tetapi, menurut bintang sinetron ‘Ganteng Ganteng Serigala‘ ini, jika ingin menggunakan double make up, dia biasanya hanya menggunakan pelindung matahari  dari jenama Biore agar kulit wajahnya tidak melekit.

5. Exfoliating Toner

Setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti, gadis yang berusia 27 tahun ini, tidak lupa untuk kembali membersihkan wajahnya dari segala sisa solekan dan habuk. Dia akan gunakan miscellar water dari Bioderma, diikuti dengan beauty water dari Son & Park. Setelah itu, Enzy menggunakan exfoliating toner dari jenama Pixy yang biasanya akan digunakan dalam dua hingga tiga kali seminggu.

6. Night Cream (Krim Malam)

Sebelum tidur, Enzy tidak lupa untuk menggunakan krim malam dari jenama Shiseido untuk memastikan kulitnya sihat dan terawat sepanjang malam.

7. Eye Cream (Krim Mata)

Akhir sekali, Enzy akan menggunakan krim mata dari jenama Lancome bagi melndungi kawasan matanya dari kedutan.

Sebagai tambahan untuk semua langkah rutin penjagaan kulit wajah Enzy seperti di atas, Enzy juga turut menasihati peminatnya agar tidak lupa untuk minum air yang secukupnya dan ambil vitamin tambahan agar kulit wajah tetap sihat seperti yang diinginkan.

Dia juga mengakui bahawa dia sering mengunjungi klinik kecantikan untuk melakukan beberapa rawatan tambahan untuk kulit wajahnya.

Oleh itu, tidak hairanlah kalau kulit wajah Enzy Storia sentiasa kelihatan sihat dan cantik! Halus mulus lagi! Kalau anda berminat, bolehlah tiru gaya Enzy menjaga dan merawat kulit wajahnya.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cuciwajahenzy storiaenzystoriakebersihankulitwajahkulithalusmulusmodelpelakonpresenterrahsiakecantikan
https://lomp.at/thhi3
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem