Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Here Comes July Terus Dikenali! Lagu Terbaharu Dapat Sentuhan Farouk Roman

Here Comes July (HCJ) terus mengorak langkah dalam industri muzik.

by Khai Azfar
April 26, 2021
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas diberi mandat menjadi runut bunyi drama Takdir Yang Tertulis (TYT), kumpulan yang memperjuangkan muzik indie ,Here Comes July (HCJ) terus mengorak langkah dalam industri muzik.

Sembunyi Sentuhan Farouk

Terbaru, HCJ yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Haiz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass), dan Irfan Ismail (dram) memperkenalkan single terkini mereka berjudul Sembunyi.

Akui tertarik dengan aura tersendiri dalam Sembunyi, HCJ menerusi kenyataan kepada Murai.my menyifatkan lagu ini menyemarakkan semangat mereka. Menariknya lagi, Sembunyi juga mendapat sentuhan ‘komposer emas’ , Farouk Roman.

“Sudah semestinya, mencipta lagu sendiri memberi makna yang lebih kerana inspirasi sewaktu menulis sesebuah lagu itu lebih terasa dekat di hati. Segala apa yang bermain dalam fikiran sekali gus dapat membantu dalam menterjemah perasaan lebih mendalam ketika menyanyikan lagu itu”

“Bagaimanapun, kami melihat aura lagu Sembunyi ini agak menarik. Serta-merta ia terus berjaya menangkap hati kami sejurus mendengar melodinya buat pertama kali. Kredibiliti Farouk mempercantik melodi dan liriknya menjadikan ia menepati jiwa HCJ semestinya. Itulah menjadi faktor utama mengapa kami menyahut cabaran ini,” kata HCJ.

Runut Bunyi Drama Single Terlalu Lama

Bukan itu sahaja, lagu HCJ sekali dipilih menjadi runut bunyi dan Sembunyi ditampilkan menerusi drama Single Terlalu Lama arahan Ungku Ismail Aziz yang turut membintangi drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu. Dia bergandingan dengan ramai pelakon popular termasuk Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Julia Farhana, Dayana Roza, Lia Natalia, Azar Azmi, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Norman Hakim, serta Uchee Fukada.

Farouk bersama kekasihnya.
Via Instagram Farouk Roman

Dalam pada itu, HCJ juga akui amat mengagumi keterbukaan Farouk. Walaupun bergelar komposer ternama, Farouk tetap memberi peluang kepada band baru seperti mereka untuk berkongsi inspirasinya. Bahkan, Sembunyi juga berjaya mencetuskan inspirasi dalam diri mereka sendiri sehingga terbawa-bawa dalam perasaan.

“Secara keseluruhannya, Sembunyi memang dicipta sepenuhnya oleh Farouk. Namun, kami bertuah diberikan peluang ini di mana Farouk mengambil inisiatif untuk berusaha menyesuaikan lagu ini dengan konsep yang kami bawakan selama ini. Pada masa yang sama, Farouk membuka ruang untuk menyuntik idea melodi digabung dengan kreativiti HCJ,” kata mereka.

Sekadar info,HCJ mula aktif sejak 2013 dan pernah membuat persembahan di Rantai Art Festival, Naib Johan Music’s Friends From Far Away Places, Unity Festival Malaysia, Push to Play Vol. 28, Merdekaraya Open Mic, LiveInIntun, Euphonious 2018, dan Cyber Fest.

YouTube video

‘Sembunyi’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

Here Comes July
https://lomp.at/11e6d
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem