Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Syed Saddiq Bengang, Bagaimana Peniaga Burger Boleh Dikompaun Sampai RM50 Ribu

Saddiq mempersoalkan tindakan pihak berkuasa kerana tidak ada budi bicara.

by Zaidin Albert
April 26, 2021
84
KONGSIAN
Share on Facebook

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebentar tadi meluahkan rasa kesalnya selepas melihat berita tentang seorang peniaga burger dikompaun.

Di laman twitternya, Saddiq berkongsi sebuah hantaran dari akaun twitter bernama @ohtweet.

Hantaran itu  menunjukkan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal Burger berkongsi satu surat saman yang dipercayai telah dikeluarkan oleh pihak polis.

Difahamkan pemuda itu dikompaun sehingga RM50 ribu kerana berniaga burger depan tangga rumah sehingga lewat malam.

Pemuda yang dikenali dengan nama Faisal itu memuatnaik luahannya di laman facebooknya.

“alahai dugaan bulan puasa…nego burger depe tangga rumoh…kul 11 malam polis mari…
nego burger kena kompaun 50k
semoga rezeki aku dan keluarga bertambah
ado hikmah disebalik kejadian
niaga pun utk wak lepas bayar bil bule2 jah…”- tulisnya di laman Facebook Faisal Burger.
Foto: Facebook Faisal Burger
Foto: Facebook Faisal Burger
Foto: Facebook Faisal Burger

Saddiq Luah Rasa Kesal

Dalam pada itu, Saddiq mempersoalkan bagaimana seorang peniaga burger boleh dikenakan kompaun sehinga RM50 ribu. Malah Saddiq mempersoalkan tindakan pihak berkuasa kerana tidak ada budi bicara.

“Peniaga burger kena kompaun RM50 ribu?? Sebelum ini pelajar kena kompaun RM1500. Mana rakyat nak cari duit nak bayar kompaun macam ni? Kenapa tak ada budi bicara dan tegur kalau ada salah?”-tulisnya di laman twitter.

“Berniaga biasalah lebih masa. Kalau ada order, buat sahajalah sebab itu rezeki hari itu. Tapi kena kompaun sampai jumlah yang melampau ini, mana peniaga nak cari duit bayar? Kenapa tak beri amaran atau tegur sahaja dulu sebelum nak beri kompaun?”- tambahnya lagi laman Telegram.

Menurut tinjauan kami di ruangan komen hantaran oleh Faisal Burger, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan saman tersebut.

Syed Saddiq Kongsi Momen Bella Astillah Datang Beri Semangat Di Powerman Malaysia, Undang Usikan Netizen!

Mereka menyifatkan kadar kompaun yang dikenakan adalah terlampau mahal dan tidak mampu dibayar oleh peniaga berkenaan.

Walaubagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, belum ada lagi kenyataan susulan dari peniaga tersebut.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
syed saddiq
https://lomp.at/ap0ud
Share34Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem