Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Siti Nurhaliza Terharu, Empat Agamawan Terkenal Sudi Tahnik Muhammad Afwa

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Iqbal,Ustaz Don Daniyal & Ustaz Azhar Idrus telah mengetuai majlis berkenaan

by Khai Azfar
April 28, 2021
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza memanjatkan rasa syukur usai mengadakan Majlis Aqiqah, Maulid dan Tahnik putera tercinta, Muhammad Afwa Ahad lalu.

Empat Agamawan Terkenal Tahnik Muhammad Afwa

Menerusi laman Instagram nya, Siti berkata biarpun majlis tersebut diadakan dalam serba sederhana namun memberi makna yang besar buat mereka sekeluarga. Lebih manis, siti turut menjemput empat orang ahli Agamawan terkenal, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri Menteri Hal Ehwal Agama, Imam Masjid Bukit Mulia, Ustaz Iqbal serta pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Azhar Idrus bagi mengetuai majlis berkenaan yang diadakan di kediamannya.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Siti Berterima Kasih Atas Doa

Di kesempatan itu, pelantun Anakanda itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa buat mereka sekeluarga terutama untuk cahaya mata keduanya yang selamat dilahirkan pada 19 April lalu.

“Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini, selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.

Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam” tulisnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri dengan pelbagai ucapan dan doa buat Siti sekeluarga selain turut memuji wajah comel Afwa. Terdahulu, Siti selamat bersalin anak kedua secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Siti dan Dato Sri Khalid Mohammad Jiwa telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Ogos 2006. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah Khalid,3 tahun. Menerusi perkahwinan Khalid terdahulu bersama Tengku Zawyah, mereka memiliki empat orang anak, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyanyi Panggil Afwa, Curi Perhatian Ramai!
anak selebritianak siti nurhalizamuhammad afwasiti nurhaliza
https://lomp.at/0frx4
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem