Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Menonton Drama Korea Selatan, 10,000 Pelajar Korea Utara Serah Diri Pada Pihak Berkuasa

Pelajar di Korea Utara telah serah diri kepada pihak berkuasa setelah menonton filem dan drama yang dihasilkan oleh Korea Selatan

by Naddy Joe
May 3, 2021
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa seramai 10,000 pelajar di Korea Utara telah menyerahkan diri kepada pihak berkuasa setelah menonton filem dan drama yang dihasilkan oleh Korea Selatan. Menurut KMIB, para pelajar diketahui telah menyerahkan ribuan DVD filem dan drama Korea Selatan.

Drama Crash Landing On You Digelar Tidak Bermoral

Pada tahun lalu, menurut media Korea Utara, orang yang menjadikan perpecahan antara kedua-dua negara sebagai sumber hiburan dan keuntungan adalah tidak tahu malu dan tidak bermoral. Walaupun media Korea Utara, tidak menyebut nama kandungan hiburan tersebut secara langsung, ramai dapat menyimpulkan apa yang dimaksudkan oleh media tersebut adalah Drama Crach Landing On You (2019), kerana menimbulkan konflik antara Korea Utara dan Korea Selatan.

“Pihak Korea Selatan dan penerbit filem merilis filem dan drama anti Korea Utara yang menipu, palsu, tidak masuk akal, dan tidak murni, berusaha keras untuk membuat propaganda strategik. Ini adalah penghinaan terhadap masyarakat dan provokasi yang tidak dapat diterima dan kejam.”- Media Korea Utara.

10,000 Pelajar Di Korea Utara Menyerah Diri Kepada Pihak Kuasa Selepas Menonton Filem Korea Selatan

Seramai 10,000 pelajar di Korea Utara dilaporkan menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana menonton filem dan drama Korea Selatan. Hal ini turut diakui oleh para pelajar kerana jika mereka tertangkap disebabkan perbuatan itu, ia akan menjadi perkara yang serius terhadap undang-undang di negara itu, dan menyebabkan mereka menyerah diri yang bertujuan untuk meringankan hukuman.

Para pelajar berkenaan turut menyerahkan 5,000 DVD filem dan drama Korea Selatan. Hal ini kerana jika seseorang terperangkap dalam serbuan, hukuman yang diterima akan lebih berat.

Hukuman Yang Berlaku Di Korea Utara

Korea Utara diketahui sangat ketat dalam mengawal konten yang terdapat di negara ini. Korea Utara akan mengambil tegas terhadap kehadiran konten dari Korea Selatan, bahkan sehingga pakaian yang dipakai oleh belia.

Korea Utara memiliki kemungkinan untuk menjatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, bagi warganya yang menonton atau melihat foto dari Korea Selatan. Dan akan menjatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun jika menggunakan bahasa Korea Selatan.

Sehingga kini, Korea Utara dan Selatan masih berada dalam gencatan senjata sejak 1953. Oleh itu, hubungan antara kedua-dua negara tidak boleh dikatakan baik.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Korea SelatanKorea Utara
https://lomp.at/wdfn4
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem